Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Sunday, 22 July 2012

kari udang

hari kedua puasa juadah berbuka faii masak kari udang...


bahan
20 ekor udang putih saiz sederhana besar, 
(kulit tak dibuang, buang kepala, ekor tajam sahaja dan belah belakang buang uratnya)
cuci, toskan. garam kan dan kunyitkan sedikit. ketepikan.


7 biji bwg merah ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
2 inci halia dihiris
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes
3 tangkai daun kari
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 biji kenang dipotong wedges
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
minyak secukupnya untuk menumis


caranya
panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu. masukkan pes kari dan kacau rata. goreng hingga agak garing, masukkan halia tumbuk dan kacau sebentar. kemudian masukkan halia hiris, bunga lawang dan buah pelaga, gaul rata. masukkan daun kari, kacau dan tunggu hingga buah pelaga agak kembang masukkan kentang dan tuangkan santan cair dan garam. tutup periuk biarkan kentang empuk. kemudian, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. setelah mendidih, baru masukkan udang dan gaul rata. tutup kembali periuk. udang akan mengecut dan keluarkan airnya. bila udang dah masak. tutup api dan hidangkan.


jom tengok gambar2 yang sempat faii rakamkan...












Thursday, 21 June 2012

sambal udang petai

sambal udang petai memang kegemaran suami faii... kalau petai faii mesti belah dua masa membersihkannya sebab nampak cantik tapi kena check dalamnya jangan berpenghuni hehee kalau anak faii yang sulung dia suka sambal nie makan ngan nasi lemak... faii kalau petai memang tak minat tapi untuk famili, memang faii masakkan juga
300g udang putih saiz sederhana besar, dibelah belakang buang uratnya, buang ekor sahaja, cuci dan tos
5 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
3 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar dihiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 papan petai di belah dua dan dicuci, toskan
minyak untuk menumis


panaskan minyak dan tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan cili boh dan kacau sesekali hingga cili garing.  masukkan bawang dan biarkan agak layu, masukkan udang, garam dan gula, gaul sebati. udang akan keluarkan airnya. bila udang hampir masak, masukkan petai. gaul rata. biar seketika dan tutup api, angkat. sedia untuk dihidang. 





Tuesday, 12 June 2012

masak lemak bunga kantan bebola udang & sotong


anak2 faii memang suka bebola makanan laut, jadi variasikan laa cara memasaknya... 
bahan2
10 biji bebola udang
10 biji bebola sotong
5 kuntum bunga kantan dibelah dua
5 batang serai dihiris nipis dan dikisar dgn sedikit air hingga halus
2 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
10 biji cherry tomato 
2 sudu besar cili boh
1 cm kunyit ditumbuk halus
5 biji bwg merah ditumbuk
1 biji bwg putih ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
sedikit minyak untuk menumis


caranya
tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan ciliboh dan tumis hingga garing. masukkan serai yang dah dikisar, kunyit yang ditumbuk dan biarkan sebentar. masukkan bebola dan gaul rata. biar sebentar bagi bebola dan bumbu sebati. masukkan air dan serai yang diketuk. biarkan mendidih. masukkan santan, bunga kantan, gula dan garam. bila dah mendidih masukkan daun limau purut, cherry tomatoes dan biar hingga santan pecah minyak. tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


nota:
tak perlu tambah asam keping sbb cherry tomatoes tu akan terbitkan rasa masamnya. kalau guna tomato biasa, sebiji dibelah empat sudah memadai. kalau nak pedas boleh masukkkan beberapa biji cili api yang diketuk semasa kuah mendidih.

Wednesday, 6 June 2012

sambal tumis udang

masakan ringkas... sambal tumis udang...



5 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
3 sudu besar cili boh
2 sudu teh garam
3 sudu teh gula pasir
2 labu bwg besar dihiris
400 gm udang putih tidak dibuang kulit, belah belakang buang uratnya, digaul dgn 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menumis

Tumiskan bwg merah, dan bwg putih hingga kekuningan. Masukkan cili boh dan goreng hingga mati tumis atau garing.  Masukkan udang dan biarkan hingga air udang keluar. Masukkan bwg besar dan garam.  Gaul rata. Kemudian masukkan gula bila bwg besar hampir layu, kacau. Gaul seketika, angkat. Hidangkan.

udang goreng cili simple

udang nie memang menjadi kegemaran keluarga faii... mudah dan simple masakan nie...

1kg udang putih (saiz besar) 
dibuang kepala, ekor, belah belakang buang uratnya
basuh bersih, tos, garam dan kunyitkan
7 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili boh
1 biji bwg besar dihiris.
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato 
1 cawan air
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
sebatang serai dititik


Panaskan minyak, goreng udang hingga garing. Ulang hingga habis. 


Tumis bwg merah, bwg putih dan cili boh hingga garing. Tuang air, masukkan serai dan biarkan mendidih.  Masukkan sos cili, sos tomato, bawang besar, garam dan gula. Biar sebentar.  Masukkan udang yang dah digoreng gaul sebati. Angkat dan hidangkan.