Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

rendang ayam daun kunyit

hari nie hubby minta rendang ayam daun kunyit untuk juadah berbuka... gelihati juga kekadang memikirkan... selalu main ikut suka aje bahan2 nak letak... tapi untuk blog, kena sukat laa hehee kebiasaannya garam dan gula ikut citarasa masing masing... begitu juga kalau nak pedas, tambah kuantiti cili apinya... kering atau basah rendang pun terpulang pada setiap individu...
bahan
seekor ayam dicuci dan ditoskan
2 batang serai diketuk
1 cawan pati santan pekat
3 sudu besar kerisik
1 cawan santan cair
5 helai daun kunyit dihiris nipis


bahan untuk dikisar
1 inci kunyit dipotong 
1 inci lengkuas dihiris
15 biji bawang merah
11 tangkai cili api hijau
5 hiris halia
10 batang serai dihiris
secawan air
1 sudu besar minyak
1 sudu teh garam
kisar halus semua bahan ini


rempah untuk rendang
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
3 sudu teh garam (ikut citarasa)
2 sudu teh gula
1 sudu besar kunyit serbuk
1 senduk minyak
masukkan semua bahan ini, ayam dan bahan kisar. gaul rata. dengan api sederhana, biarkan ayam mengecut dalam rempah.

kemudian masukkan santan cair, kerisik dan serai yang diketuk. gaul rata. 
biarkan agak kering, masukkan santan pekat dan daun kunyit yang dihiris nipis. gaul sebati dan kacau sekali sekala hingga rendang kering dan daun kunyit layu.

bila rendang dah kering, masak. tutup api dan hidangkan.



Saturday, 21 July 2012

ayam goreng berempah kari

hari pertama puasa, anak2 nak berbuka dengan nasi lemak halba dan ayam goreng berempah kari...


bahan
seekor ayam dibersihkan dan ditoskan airnya
kemudian gaulkan dengan
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk kari
5 biji bwg merah tumbuk halus
5 biji bwg putih tumbuk halus
4 sudu teh garam
5 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kunyit
gaul dengan ayam semua bahan, gaul merata dan biarkan untuk 15 minit


panaskan minyak,
dengan api sederhana, goreng ayam hingga masak dan garing. angkat dan toskan atas kitchen tissue. hidangkan.



Sunday, 17 June 2012

asam pedas ayam kampung

balik dari kuala pilah, lalu deretan rumah-rumah kampung... tenang aje suasana... dan pasti tak lupa untuk singgah di gerai mak andak (nama panggilan pemilik) untuk beli telur itik, ayam kampung salai, keli salai dan daging salai... malahan gula nau pun ada...

 faii suka membeli di gerai mak andak sebab ayam kampung, keli salai, daging salai, itik semuanya di proses dengan kemas dan disimpan dalam peti penyejukbeku yang besar! tidak digantung untuk dipamer... hmmm memang tiap kali faii singgah di bahu jalan depan gerai memang banyak kereta yang berhenti untuk berbelanja di gerai mak andak

kali ini faii ikut permintaan anak yang sulung, nak ayam kampung dimasak asam pedas... memang kesukaan dia... jom tengok asam pedas ayam kampung dimasak cara faii!


seekor ayam kampung dipotong dan dibersihkan

bahan tumis
5 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk
4 sudu besar cili boh
minyak 

bahan hirisan
3 ulas bwg merah dihiris nipis
2 ulas bwg putih dihiris
2 cm halia dihiris nipis
2 cm lengkuas dihiris

2 sudu teh garam (ikut citarasa)
1 sudu besar pes tomyam (faii guna pes tomyam nona)
1 sudu besar kerisik
10 tangkai daun kesum
4 tangkai bunga kantan dibelah 2 (faii suka belah 4)
3 cawan air (kuantiti air ikut citarasa, kalau suka cair, lebihkan air)
2 biji tomato dibelah 4

caranya
panaskan minyak, tumiskan bwg merah, bwg putih hingga naik bau, masukkan cili boh dan masak hingga cili boh garing. pastikan api sederhana kecil, masukkan halia tumbuk, gaul merata biar hingga tumisan agak kering. kemudian, masukkan semua bahan hirisan, gaul dan biar agak layu. masukkan ayam kampung dan gaul sebati dengan bahan tumisan.  tuangkan secawan air, masukkan bunga kantan dan tutup periuk.  biarkan hingga mendidih supaya ayam empuk. kemudian, tuangkan lebihan air, tutup kembali periuk biarkan mendidih lagi. seterusnya, masukkan pes tomyam, kerisik, daun kesum dan tomato. kacau dan biarkan menggelegak hingga tomato layu.  tutup api dan sedia dihidangkan.

jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan









ini laa cara faii masak asam pedas ayam kampung... cubalah!

Tuesday, 12 June 2012

gulungan daging ayam bersayur


daun salad ada lebih dlm peti ais, anak2 tak brpa suka salad... maka tercetus laa idea gulungan daging ayam nie... bila sekali dah buat, jadi tiap kali kalau ada kepingan daging ayam, mesti gulungan daging ayam bersayur yang anak2 nak makan... 
bahan2
20 kepingan daging ayam
1 biji capsicum kuning dihiris panjang
1 biji capsicum orange dihiris panjang
1 biji capsicum merah dihiris panjang
daun salad secukupnya
lidi satay


cara2
dalam kuali leper, goreng kepingan daging ayam dengan sedikit planta (macam buat lempeng) bila masak angkat. ulang hingga selesai.


atas kepingan ayam yang telah masak, letak dahulu daun salad, diikuti dengan capsicum pelbagai warna. gulung baik2 dan sematkan lidi satay. potong lebihan lidi dan atur gulungan untuk dihidang. boleh dimakan bersama sos thai yang dicampur dengan sedikit mayonis.


untuk sos:
3 sudu besar sos thai dicampur dengan satu sudu besar mayonis, gaul sebati

Monday, 4 June 2012

kurma ayam

teringat pula kurma ayam... makan pula ngan sambal belacan... hmm memang best.. dulu2 kalau mak faii masak kurma ayam, faii koyak2 kan roti dlm mangkuk, dan curahkan ngan kurma ayam! bestttt menyudu roti ngan kurma ayam!


Seekor ayam dipotong, cuci bersih, toskan seketika
kemudian, garamkan dan ketepikan
6 biji bwg bear dibelah 4 tak putus
6 biji kentang dibelah dua rebus separuh empuk
5 biji lada merah dibelah 4
10 biji bawang merah ditumbuk
5 cm halia dihiris
2 cm halia ditumbuk
5 biji bwg putih ditumbuk
5 sudu besar rempah kurma ayam/daging dibancuh pekat dgn sedikit air
5 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 keping asam keping
2 mangkuk santan1 cwn air
2 sudu besar bawang goreng
sedikit minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih dan halia hingga kuning.  Masukkan bancuhan rempah kurma, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.  Tumis hingganaik bau, rempah nampak makin kering.  Masukkan halia hiris, kacau rata.  Kemudian, masukkan ayam, gaul sebati. Biar ayam masak sebentar dalam rempah kurma. Tuangkan secawan air dan biarkan mendidih agar ayam menyerap rempah kurma.  Apabila menggelegak, masukkan santan, bwg besar, asam keping, lada merah, kentang, gula dan garam.  Gaul rata. Biarkan mendidih. Bila bawang dah masak, santan dah pecah minyak, tutup api, taburkan bawang goreng atas kurma ayam, kacau rata dan hidangkan.
Kalau suka cair, boleh lebihkan air semasa memasak ya.



Thursday, 31 May 2012

ayam masak serai

ayam masak serai nie, kalau ada lebih kuahnya, faii suka cicah ngan roti... kalau masaknya pula, suka guna serai lebih lebih sbb nak bau wangi serai tu ada...


seekor ayam di potong ikut brpa bahagian yang disukai (8, 16 dsb) 
digaram dan dikunyitkan
3 btg serai di hiris halus dan dikisar halus
7 btg serai diketuk
7 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
5 tangkai lada hijau dibelah 2
1 mangkuk santan pekat
2 sudu makan cili boh
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
7 biji cherry tomatoes
1 cawan air
sehelai daun kunyit  (lebar saiznya dibuang tulang daun dan dihiris nipis)
minyak untuk menumis

Panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih dan cili boh hingga garing.  Masukkan serai yang dah dikisar.  Gaul sebati dengan tumisan untuk seketika.  Tuangkan air, masukkan serai yang diketuk dan biarkan mendidih.  Masukkan ayam, gaul rata dan tutup kuali biar hingga ayam masak dalam air cili tumisan. Bila isi ayam telah mengecut, masukkan santan, garam, gula dan biarkan menggelegak. Bila santan telah pecah minyak, masukkan cherry tomatoes, lada hijau dan daun kunyit. Kacau rata. Biarkan seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Kalau suka berkuah boleh tambah air secawan lagi.