Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, 27 July 2012

asam pedas ikan selar

ikan selar sederhana besar... hmm 2 ekor cukup laa buat masak juadah berbuka nie... kali nie buat asam pedas letak halba...
bahan
2 ekor ikan selar sederhana besar (dipotong dua, cuci dan tos. garam dan kunyitkan)
1 biji tomato besar (dibelah)
10 batang bendi (cuci, tos dan bila nak dimasukkan baru buang atas dan sedikit hujungnya)
1 sudu teh halba
2 sudu teh garam
1/2 sudu besar kerisik
5 tangkai daun kesum


bahan tumis
5 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
3 sudu besar cili kisar
2 cm halia ditumbuk


bahan hiris
3 biji bawang merah dihiris nipis
2 biji bawang putih dihiris nipis
1 cm halia dihiris nipis panjang


minyak untuk menumis
air panas secukupnya ikut kepekatan kuah yang dikehendaki


caranya
panaskan minyak dan masukkan bahan tumis yang dah ditumbuk iaitu bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. kemudian masukkan cili kisar dan gaul hingga sebati dan goreng hingga mati tumis. masukkan halia yang ditumbuk, kacau merata sebentar. setelah itu baru masukkan semua bahan hiris dan biarkan hingga layu.  
masukkan halba dan kacau sebentar. tuangkan sedikit sahaja air panas dan kemudian masukkan ikan selar. balik kan ikan supaya ikan masak sebentar dalam tumisan cili. tuang  lebihan air panas tadi ikut kepekatan kuah yang dikehendaki. 

bila kuah dah menggelegak, masukkan garam, bendi, biar sebentar, kemudian masukkan potongan buah tomato. buah tomato sudah cukup untuk memasamkan kuah. jika mahu lebih masam, boleh tambah sedikit air asam jawa. 
kemudian masukkan setengah sudu besar kerisik dan daun kesum. bila dah layu daun kesum, tutup api. sedia untuk dihidang.




Wednesday, 6 June 2012

rebus assam ikan merah

ikan merah ada jenis lembut ada jenis keras isinya apabila dimasak... kena pastikan semasa membeli dapat beli yang lembut isinya...

2 keping ikan merah digaram dan dikunyitkan
10 btg kcg bendi 
5 biji cili api ditumbuk halus
6 helai daun limau purut
3 btg serai diketuk
1 labu bwg besar dihiris
3 tangkai lada hijau dibelah dua
5 ulas bwg merah ditumbuk
2cm kunyit hidup ditumbuk halus
3 keping asam keping
garam
air panas

Masukkan satu cawan air, bwg merah, cili api, kunyit hidup, serai, asam keping dan biarkan mendidih. Masukkan kepingan ikan dan biar separuh masak.  Tambah air panas ikut suka (banyak mana kuah yang dikehendaki).  Mendidih, masukkan garam, bwg besar, daun limau purut dan kacang bendi.  Biar hingga kcg bendi empuk. Angkat dan hidangkan.