atas permintaan adik faii yang dok kat jb tu... lily, nie kak long post resepi bubur sum sum yang ko suka sangat tu... gambar nie dari koleksi lama, gambar tak berapa jelas... bulan puasa, wajib dibuat jadi juadah berbuka nie! nanti faii post gambar lagi bila faii buat bubur sum sum ya...
3 sudu bsr tpg beras
2 cwn santan pekat
4 cwn air
2 sudu teh gula
2 sudu teh garam
Masukkan semua bahan dalam periuk. gaul dulu bagi tpg larut dlm cecair. letak periuk atas api sederhana kecil dan kacau hingga larutan kental dan tak melekat lagi kat tepi periuk... tandanya, tepung dah masak laa. angkat dan tuangkan dlm bekas. biarkan menyejuk suhu bilik.
untuk menyediakan air gula merahnya...
7 sudu besar gula merah masukkan dalam periuk, tuangkan 3 cawan air... didihkan hingga gula larut. angkat dan biar sejuk suhu bilik.
...untuk hidangan...
ambik sesenduk bubur sum sum letak dalam mangkuk dan tuangkan sedikit gula merah di atasnya dan sedia dinikmati!
Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts
Monday, 11 June 2012
Sunday, 10 June 2012
bubur nasi jagung
semalam hari sabtu... sibuk melayan anak2 shopping... lewat ptg baru balik... hari nie ahad, pagi2 shopping brg2 dapur pula... tengahari buat kuey teow goreng aje untuk lunch... malam... anak sulung faii minta buatkan bubur nasi jagung sebab dah lama tak buat... makan bubur nasi jagung, serunding daging... ada jugak masakan sambal tumis kering sardin dan rebus asam bendi aje untuk malam nie... anak2 ngan hubby nak makan macam nie... ikutkan aje hehee
masukkan beras dalam periuk, halia dan 6 cwn air... biar menggelegak, tambah air lagi sekiranya perlu hingga bubur nasi masak... kalau suka cair, lebihkan air ya. Sementara bubur nasi mendidih... panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih, agak kekuningan masukkan udang kering dan gaul rata. Bila udang kering dah garing. Tutup api dan masukkan bahan tumisan dalam periuk bubur yang sedang mendidih. Biar seketika. Masukkan jagung, lada sulah dan garam, gaul rata. Bila jagung sudah masak. Boleh tutup api. Taburkan bawang goreng, gaul rata dalam bubur. Hidangkan. Ringkas sahaja.
2 cwn beras basuh bersih, toskan
1 cwn jagung
2 sudu bsr udang kering, cuci dan tumbuk kasar
2 ulas bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
2 cm halia dihiris
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar minyak
masukkan beras dalam periuk, halia dan 6 cwn air... biar menggelegak, tambah air lagi sekiranya perlu hingga bubur nasi masak... kalau suka cair, lebihkan air ya. Sementara bubur nasi mendidih... panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih, agak kekuningan masukkan udang kering dan gaul rata. Bila udang kering dah garing. Tutup api dan masukkan bahan tumisan dalam periuk bubur yang sedang mendidih. Biar seketika. Masukkan jagung, lada sulah dan garam, gaul rata. Bila jagung sudah masak. Boleh tutup api. Taburkan bawang goreng, gaul rata dalam bubur. Hidangkan. Ringkas sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)


