Monday, 11 June 2012

bubur sum sum

atas permintaan adik faii yang dok kat jb tu... lily, nie kak long post resepi bubur sum sum yang ko suka sangat tu... gambar nie dari koleksi lama, gambar tak berapa jelas... bulan puasa, wajib dibuat jadi juadah berbuka nie! nanti faii post gambar lagi bila faii buat bubur sum sum ya...
3 sudu bsr tpg beras
2 cwn santan pekat
4 cwn air
2 sudu teh gula
2 sudu teh garam
Masukkan semua bahan dalam periuk.  gaul dulu bagi tpg larut dlm cecair.  letak periuk atas api sederhana kecil dan kacau hingga larutan kental dan tak melekat lagi kat tepi periuk... tandanya, tepung dah masak laa.  angkat dan tuangkan dlm bekas.  biarkan menyejuk suhu bilik.


untuk menyediakan air gula merahnya...
7 sudu besar gula merah masukkan dalam periuk, tuangkan 3 cawan air... didihkan hingga gula larut. angkat dan biar sejuk suhu bilik.
...untuk hidangan...
ambik sesenduk bubur sum sum letak dalam mangkuk dan tuangkan sedikit gula merah di atasnya dan sedia dinikmati!

No comments:

Post a Comment