Showing posts with label pastri. Show all posts
Showing posts with label pastri. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

traditional eclairs

tahun 2007 mengimbau kembali... pertama kali faii buat eclairs sendiri... sejak tu... traditional eclairs adalah favourite dessert anak2 dan suami... anak sulung faii kata paling best untuk makan eclairs ialah semasa masih freshly out dari oven dan letak vanilla filling nya... yang suami faii kata, dia suka bila dah disejukkan dlm peti ais... apa2 cara pun, eclairs memang diminati oleh famili faii... faii buat traditional eclairs untuk dessert mlm nie...


membuat eclairs
1 cwn air
1/2 cwn butter 
1 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
1 cwn tepung naik sendiri (atau tpg multi purpose)
4 biji telur gred A

Dalam periuk, didihkan butter, gula dan garam.  Tambahkan tepung semua sekali. Kacau sebati untuk 2 minit.  Tutup api dan biarkan sejuk untuk 5 minit.
Kemudian masukkan adunan yg dah di masak tadi dalam mangkuk mixer, putar adunan sambil masukkan telur satu persatu.  Putar hingga sebati dan adunan berkilat.  
Masukkan adunan dalam piping bag, corak nozzle boleh guna bentuk bintang terbuka pecahan banyak (faii guna drop flower tip 1E).  Pipe kan jalur adunan atas kertas baking yang dah digriskan dalam dulang pembakar.  Jarakkan dalam 2 inci setiap satunya.  Bakar pada suhu 200c untuk 30 minit.
Setelah masak, keluarkan dari oven, dengan segera terus belah dua setiap satu eclair untuk lepaskan wap dalam rongga eclairs dan biarkan sejuk.

Vanilla filling
1/3 cwn gula
3 sudu besar tepung jagung
2½ cwn susu segar
2 biji kuning telur gred A
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
Didihkan gula, tpg jagung dan susu dalam periuk atas api sederhana.  Kacau hingga pekat dan menggelegak.  Kecilkan api, ambil sesenduk dan masukkan dalam mangkuk yang ada kuning telur, kacau sebati dan kemudian tuang bancuhan ini ke dalam periuk semula. Kacau semula biarkan menggelegak.  Masukkan butter dan esen vanilla. Kacau untu 2 minit lagi dan tutup api. Ketepikan untuk menyejuk suhu bilik.

penyediaan traditional eclairs 
eclairs yang dah dibelah, diisi dengan vanilla filling. Sebelum dihidang, ayakkan sedikit confectionary sugar atas eclairs... nah! hidangkan traditional eclairs dan nikmatinya ya!

step by step...
didihkan butter, gula dan garam

masukkan semua sekali tepung

kacau rata hingga sebati

masukkan adunan dlm mangkuk mixer

masukkan telur satu persatu

guna pengadun dan putar hingga adunan berkilat

masukkan adunan dalam piping bag besar

pipe adunan eclairs dan bakar

eclairs yang dah masak

terus belah dua... yang nie jari jemari kena tahan panas sikit laa ya sebab nak membelah panas2

letakkan vanilla filling dalam eclairs

ayakkan confectionary sugar atas traditional eclairs... sedia untuk dinikmati


Wednesday, 6 June 2012

Pavlova dengan vanilla filling

dessert utk dinner malam nie... faii buat pavlova ngan vanilla filling... hmm lebih suka vanilla filling jika dibandingkan letak whipping cream...
4 biji putih telur gred A
1/2 cwn gula aising
1 sudu teh jus lemon
2 sudu teh tpg jagung


Putar telur putih hingga hampir kembang, masukkan gula aising, jus lemon dan tpg jagung.  Putar lagi hingga pekat dan kembang terbentuk stiff peak. Masukkan dalam piping bag besar dan pipe kan ke atas kertas baking dalam dulang pembakar yang dah digriskan.  Bakar suhu 130 C untuk 60 minit atau sehingga kekuningan. Bila dah masak, buka pintu oven sikit dan biarkan meringue menyejuk dalam oven tu... ini akan membolehkan luar meringue garing tapi dalam nya lembuttt macam marshmallow...


untuk vanilla filling pula
4 biji kuning telur gred A
1/2 cwn gula
3 sudu besar tpg jagung
2½ cwn susu segar
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan gula, tpg jagung, butter dan susu dalam periuk dan didihkan dengan api sederhana.  Kacau hingga pekat dan menggelegak. Mula menggelegak terus kecil kan api dan kacau sekali sekali.  Dalam mangkuk lain isi kuning telur, ambik sesenduk bancuhan filling, masukkan dalam telur kuning dan gaul sebati. Tuang semula ke dalam periuk bancuhan filling tadi, masukkan esen vanilla dan kacau sebati untuk 2 minit lagi. Tutup api dan sejukkan.


buah2an
sebiji kiwi
4 biji strawberi
2 biji orange
segugus anggur
hiris kecil2 buah buahan. Sejukkan dalam peti ais.


untuk menyediakan pavlova
atas meringue tadi, untuk lapisan pertama, letakkan vanilla filling di atasnya. kemudian, buah buahan yang telah dihiris tadi di tabur, lapiskan selapis lagi dengan vanilla filling dan atasnya tabur baki buah buahan tadi.  sedia untuk dipotong dan dihidangkan.


beberapa gambar yang sempat diambil... 


penyediaan meringue...



penyediaan vanilla filling




buah buahan...

pavlova ngan vanilla filling...



ini laa cara kami sekeluarga menikmati pavlova.. pastinya dengan vanilla filling... cubalah!