sesekali buat sayur taugeh goreng ngan tauhu...
semangkuk taugeh dibuang akar, bersihkan dan tos
2 biji tauhu dipotong dadu, digoreng dan toskan minyak atas tisu dapur
3 helai daun bawang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
setengah biji lada merah dihiris, buang biji
2 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
7 biji bebola ikan goreng dihiris nipis
minyak untuk menumis
panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan, masukkan lada merah dan hirisan bebola ikan, gaul rata. masukkan taugeh, garam dan gula. kacau dan biarkan hingga taugeh separa masak. masukkan hirisan daun bawang dan tauhu yang dah digoreng, gaul merata. setelah daun bwg layu. tutup api dan angkat untuk dihidangkan. simple aje kan? :)
jom tengok gambar-gambar yang sempat faii rakamkan...
Showing posts with label tauhu. Show all posts
Showing posts with label tauhu. Show all posts
Tuesday, 26 June 2012
Sunday, 24 June 2012
sup sayur petola
petola memang selalu faii buat sup sayur campur tahu puff...
sebiji petola di buang kulit secara selang seli dan dikikis sedikit buang lapisan yang keras, cuci dan toskan
3 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
setengah kuih ikan dihiris nipis
5 biji tauhu puff dipotong dua
sebiji tomato dibelah 8
sedikit suhu direndam supaya kembang dan ditoskan, potong pendek-pendek dalam seinci
garam buat perisa
semangkuk air
sedikit minyak untuk menumis
panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. masukkan kuih ikan, gaul merata dan hingga masak. tuangkan semangkuk air dan biar mendidih. masukkan petola, tomato dan tauhu puff. perisakan dengan garam ikut kesesuaian. bila petola sudah hampir layu, masukkan suhun. kacau sebentar dan tutup api. angkat dan boleh dihidangkan. oh ya, faii tak letak suhun lama sangat... asal jernih suhun tu, sudah mencukupi... suhun tak perlu terlalu lama nanti sementara kuah masih panas, proses pengembangan suhun masih berlaku.

Friday, 22 June 2012
sup sawi bebola tauhu puff
sup sawi bebola tauhu puff nie memang jadi kegemaran anak-anak faii... anak perempuan faii memang suka sangat sayur, anak yang kedua suka tauhu puff dan yang sulung suka bebola hehee si bongsu pula... suka sup aje... haaa pilih laa mana-mana nak...
3 biji bwg merah dihiris
2 biji bwg putih dihiris
5 biji bebola ikan putih dihiris
7 biji tauhu puff dibelah dua
1 ikat sawi (dicuci, dipotong asingkan batang sawi dan daunnya)
setengah kiub pati ayam knorr
2 cwn air
1 sudu teh garam
1 sudu teh garam
satu sudu besar bwg goreng
sedikit minyak untuk menumis
panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih agak kekuningan, masukkan kiub pati ayam, masukkan air. bila dah mendidih, masukkan batang sawi dan bebola. biar hingga bebola terapung. masukkan garam, sawi dan tauhu puff. biar menggelegak dan sawi empuk. tutup api. taburkan bawang goreng dan sedia dihidangkan. ringkas sahaja.
Saturday, 16 June 2012
tauhu sumbat
hari nie buat lagi tauhu sumbat... kali nie buat lebih sikit sebab ada tetamu yang datang :)
resepi tauhu sumbat, faii dah ada post dalam blog nie ya...
resepi tauhu sumbat, faii dah ada post dalam blog nie ya...
Tuesday, 12 June 2012
tauhu sumbat
juadah ringkas yang digemari oleh keluarga faii... tauhu sumbat...
penyediaan tauhu
7 biji tauhu putih, tos, belah dua, garamkan dan goreng dengan api sederhana kecil sehingga kekuningan, angkat dan tos kan atas tisu dapur
2 biji timun, buang kulit dan biji tengah, di parut
semangkuk taugeh dicuci, di rebus, toskan dan potong pendek2
untuk bahan sos
3 hiris halia
4 biji bawang putih
10 biji lada merah dah dibuang biji dan dipotong kecil
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
1 cawan air
masuk semua bahan dalam blender dan kisar halus. Tuang dlm periuk dan biarkan menggelegak. tujuan untuk merebus lada agar masak.
3 biji bwg kecil ditumbuk
7 biji bwg putih ditumbuk
1 sudu besar cili boh
4 biji limau kasturi ambil jusnya sahaja
4 sudu gula
2 sudu teh garam
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1 sudu besar minyak untuk menumis
dengan api sederhana kecil panaskan minyak dan tumiskan bwg kecil hingga layu. masukkan cili boh dan goreng hingga cili mati tumis (garing). Masukkan bwg putih yang ditumbuk, gaul rata. masukkan gula gaul sebati. biar hingga gula cair dan hasil tumisan nampak pekat dan jernih. kemudian ambil lada yang dah dikisar dan digelegakkan dalam periuk tadi, tuangkan ke dalam bahan tumisan. masukkan sos tomato, garam, jus limau kasturi dan air. kacau rata dan biarkan mendidih. bila sos sudah pekat ikut citarasa masing2, tutup api dan sendukkan ke dalam mangkuk.
untuk menyediakan tauhu sumbat
tauhu yang dah digoreng, di belah bahagian tengahnya. Gaulkan timun dan taugeh dalam mangkuk lain. kemudian, sumbat timun dan taugeh ke dalam tauhu yang telah dibelah tengah tadi. ulang hingga semua tauhu telah disumbat. boleh keluarkan sedikit isi tauhu untuk memudahkan tauhu disumbat sekiranya perlu. kemudian sudukan sos ke atas tauhu sumbat dan sedia di nikmati.
jom tengok gambar2 yang sempat dirakamkan...
Wednesday, 6 June 2012
tauhu sambal
anak sulung faii memang suka menu nie... memang dia suka tauhu...
7 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
segenggam udang kering dibasuh dan ditumbuk
4 biji tauhu setiap satu dibelah empat
2 sudu besar cili boh
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
3 sudu bsr air
minyak utk menumis
Tumis bwg merah, bwg putih hampir kuning masukkan cili boh dan tumis hingga garing. Masukkan udang kering dan kacau rata. Biarkan sebentar. Masukkan air, garam, gula dan tauhu. Gaul sebati. Kacau sekali sekala hingga kering air. Angkat dan hidang.

Subscribe to:
Posts (Atom)