Showing posts with label zillions thanks... terima kasih. Show all posts
Showing posts with label zillions thanks... terima kasih. Show all posts

Monday, 2 December 2013

henti sebentar di blog...

Salam sayang buat semua pengunjung luvbakingcooking,

Maaf lama faii tak mengunjungi blog faii nie... hari nie faii terpanggil pula, teringat pula untuk membuka blog yang sekian lama tak berkesempatan dikunjungi... 

Ada koleksi koleksi masakan faii yang ingin faii kongsi bersama nanti... moga tahun baru yang bakal menjelang membolehkan faii aktif semula berblogging nie...

Kepada semua pengunjung blog luvbakingcooking nie, semoga mendapat faedah dari perkongsian resepi yang ada... diharap serba sedikit dapat membantu ya...

Have a great day always!

Thursday, 8 August 2013

salam aidilfitri buat semua...

selamat hari raya aidilfitri... 08/08/2013...

faii memang ada terima mesej bertanya khabar dan kemana hilang menyepi 
tiada post baru di blog ini.
maaf buat semua, keadaan kesihatan diri yang tidak brapa mengizinkan... tapi alhamdulillah, sekarang faii dalam keadaan baik dan menikmati hari2 ini dengan
penuh kesyukuran dan gembira di samping keluarga dan kerjaya.

in sha Allah, hari2 mendatang, faii akan kembali mengaktifkan blog ini.
 faii mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan 
maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini dan 
semua pengunjung blog luvbakingcooking.com

salam aidilfitri buat semua.

Tuesday, 29 May 2012

...sesuatu yang baru...

salam mesra buat semua...

29 mei 2012... blog 'luvbakingcooking' diwujudkan... faiizah atau nama panggilan 'faii' digunakan untuk berinteraksi sesama pengunjung blog ini... penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan faii gunakan semasa blogging... 

dalam blog 'luvbakingcooking' inilah yang faii ingin berkongsi bersama hasil 'bakingcooking'... sama ada dari resepi resepi yang faii memang sudah lama amalkan, mahupun resepi resepi baru diperolehi daripada rakan rakan ataupun buku buku masakan malahan daripada pelbagai sumber lain....

'luvbakingcooking' sekadar untuk faii merehatkan minda, mengikuti arus teknologi, berkongsi pengalaman dan yang utamanya adalah belajar 'apa itu blog?'... kalau faii tak cuba buat blog, maka selamanya akan 'tak tahu'... bertatih memulakan blog ini dan berharap akan memperbaiki dari masa ke semasa untuk meningkatkan pengetahuan dalam ber 'blogging'...

sebarang komen dan pendapat amat dialu alukan.... faii masih ada banyak yang mahu dipelajari... teguran lah yang dapat membina diri... salam perkenalan buat semua!

29th May 2012

... a new thing...


it's 29th May 2012, d day i developed this blog... d day i'm learning blogging and becoming a blogger... life moves on...  that's d reason i wanna learn something new, something modern... technologically... and that 'something' refers to... 'blog'!

'luvbakingcooking.blogspot.com'... is where i'd like to share things i enjoy most doing for my family... it started off as a hobby, meaning, when i have d time, then i'll do... however, it's becoming a daily routine, a weekly agenda... since my children experiencing life... growing... they started to learn consuming different kinds of cuisine... d sweetness of dessert attracts them most! 

... in yesteryears... i've been watching my mom cooks and bakes plenty of times... sometimes i had d chance to help out on simple tasks which made me felt so proud to announce to my dad, "kaklong yang tolong mak buat tu!" (big grinned) hehee... 

now... it's like me doing the same thing for my beloved family... baking and cooking... "mak, buatkan kek banyak2 ya! nanti boleh makan banyak2 ikut suka ya!", said my eldest son... there goes me going into d kitchen to start 'luvbakingcooking' time!!! 

have a pleasant day to all!... and happy bakingcooking!...