Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Saturday, 25 August 2012

kue teow bakso

masakan yang ringkas buat tetamu di hari raya... mee bandung dan kue teow bakso. kali nie faii nak share cara mudah membuat kue teow bakso. 
bahan
2 paket bebola daging (satu paket ada 30 biji), cuci dan toskan
10 biji bawang putih di ketuk
2 inci halia dihiris nipis
sebatang serai diketuk
10 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 bunjut sup
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
2 kiub pati daging lembu
4 liter air
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
satukan semua bahan dalam periuk sederhana besar, dengan api sederhana kecil, masak sehingga sup mendidih dan bebola masak. tutup api. sendukkan ke dalam mangkuk hidang, taburkan daun bawang dan daun sup ke dalam sup bakso.






bahan untuk hidangan
daun sup dihiris
daun bawang dihiris
sos tomato
bawang goreng
1kg kue teow dicuci, tos dan dicelur. setelah dicelur, toskan airnya.

penyediaan kicap
10 biji cili api
2 ulas bawang putih
sesudu teh garam
1/2 cawan kicap manis
3 biji limau kasturi diperah ambil jus sahaja
tumbuk bawang putih dan cili api hingga lumat. letak dalam mangkuk, masukkan garam, kicap manis dan jus perahan limau kasturi. kacau sebati. sedia untuk dihidangkan.

penyediaan hidangan
letak kue teow yang dah dicelur ke dalam mangkuk, sendukkan sup bakso dan bebola daging. taburkan diatasnya hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. sudukan sedikit kicap cili api dan sedikit sos tomato. sedia untuk dinikmati. mudah dan ringkas sahaja. 


Saturday, 18 August 2012

daging masak lengkuas gula nau

macam2 juadah disediakan sempena menyambut 1 syawal... faii nak share masakan yang digemari oleh keluarga faii... mudah aje menyediakannya... untuk hari pertama, faii masak sikit aje... hari raya ke 3, faii masak lebih lagi sebab saudara mara datang... daging masak lengkuas gula nau... 
bahan
500g daging batang pinang dipotong hiris nipis
7 inci lengkuas (faii guna banyak) dihiris nipis agar mudah dikisar halus nanti
15 biji bawang merah
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh aje ditambah kuantitinya)
2 batang serai dihiris
1 batang serai saiz besar diketuk
2 inci kunyit dihiris
1 sudu besar serbuk ketumbar
5 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar gula nau (faii hiris gula nau)
2 sudu teh garam (ikut citarasa)
1/2 cawan minyak masak (semasa memasak boleh ditambah lagi jika perlu)

caranya
kisar halus bahan yang dihiris, lengkuas, serai, kunyit, bawang merah, cili api. dalam kuali besar masukkan hirisan daging, curahkan atasnya bahan kisar, masukkan sekali gula nau, garam, serai yang diketuk, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan curahkan minyak. dengan api sederhana besar, gaul rata semua bahan dan biarkan menggelegak. masakan nie faii lebihkan serbuk jintan putih. faii tambah 2 sudu lagi serbuk jintan putih semasa ianya tengah menggelegak. tambah sedikit minyak masak lagi dan kacau sekali sekala hingga kering. 

hirisan gula nau
semua bahan disatukan dalam kuali
daging mengeluarkan air dan menggelegak
masak hingga kering
ini laa daging masak lengkuas gula nau


Friday, 27 July 2012

gulai daging salai nangka muda

sesekali dapat nangka muda memang best buat gulai. susah kat sini nak dapat nangka muda yang cantik. kebetulan daging salai memang ada dalam icebox, apalagi... menggulai laa... 

bahan 
300g nangka muda dipotong, dicuci dan direbus hingga empuk dan toskan
400g daging salai dihiris nipis
7 biji cili padi ditumbuk (kalau duka pedas boleh tambah lagi)
5 biji bawang merah ditumbuk (kalau asli masak lemak tak bubuh bawang tapi faii letak)
2cm kunyit hidup di tumbuk
2 batang serai dititik
sekeping kecil asam keping (faii guna setengah aje sbb nak masam manja2 aje hehee)
2 cawan santan
2 sudu teh garam
1 cawan air

caranya
masukkan cili api, bawang, serai, asam keping, kunyit dan air dalam periuk dan dididihkan. bila dah mendidih, masukkan daging salai dan biar menggelegak. tujuan supaya daging serap bahan2 tadi. kemudian, masukkan santan, nangka dan garam. tutup periuk dan biar sebentar. bila kuah dah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

jom tengok gambar2 yang sempat dirakamkan semasa memasak...






Monday, 25 June 2012

asam pedas daging salai belimbing buluh

kali nie masa jamuan rumah mak hari ahad, ada faii bawa balik belimbing buluh yang diambil dari pokok kat belakang rumah mak... kebetulan ada daging lembu salai... malam nie untuk makan malam... faii masak asam pedas daging salai belimbing buluh


500g daging lembu salai dihiris nipis
6 biji bwg merah ditumbuk
2 biji bwg putih ditumbuk
2cm halia ditumbuk
4 sudu besar cili boh
10 biji belimbing buluh dibersihkan
7 hiris lengkuas
2cm halia dihiris nipis memanjang
2 biji bwg merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes tom yam (faii guna pes tom yam adabi)
4 cawan air
7 tangkai daun kesum
minyak untuk menumis


panaskan minyak, api sederhana, tumis bwg merah, bwg putih hingga kekuningan, masukkan cili boh dan biarkan agak garing, kemudian masukkan halia tumbuk, gaul merata. masukkan hirisan bwg merah, hirisan bwg putih dan hirisan halia. kacau rata dan bila halia layu, masukkan daging, garam dan gaul. masukkan secawan air dan hirisan lengkuas. tutup periuk dan biarkan mendidih. bila dah mendidih tuangkan baki 3 cawan air, masukkan pes tomyam dan tutup kembali periuk.  bila kuah menggelegak, masukkan belimbing besi dan daun kesum. kacau rata. bila belimbing buluh sudah masak. tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, 31 May 2012

asam pedas daging

asam pedas daging nie kami sekeluarga memang suka... tambahan ada aroma daun kesum dan bunga kantannya... 

300gm daging batang pinang, dihiris nipis, basuh toskan

2 btg bunga kantan dibelah 4

3 ikat daun kesum
1 sudu bsr kerisik
2 sudu bsr cili boh
7 biji cherry tomatoes
1 btg serai diketuk
7 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk halus
2 cm halia dihiris nipis
3 cwn air 
2 sudu teh garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bwg merah, bwg putih, halia tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili boh dan biarkan garing.  Masukkan daging, garam dan gaul sebati. Masukkan 1 cwn air, serai  dan halia hiris.  Biarkan daging empuk.  Tuangkan baki 2 cwn air,tunggu menggelegak. Masukkan bunga kantan, daun kesum.  Bunga kantan dan daun kesum dah layu, masukkan tomato dan kerisik. Biarkan hingga tomato merekah. Tutup api dan angkat.


Kalau nak pekat, kurangkan air, kalau suka cair, tambah laa air tu lebih agar kuah lebih.  Garam, adjust sendiri ya ;)  Tomato tu dah cukup memasamkan kuah.

daging black pepper

cuaca mendung aje pulak hari nie... pagi tadi sibuk menyusun semula buku2 kat rak buku... ada buku2 yang dah tak diperlukan dah diikat dah... nak hantar ke tempat recycle... nie ada masa terluang, belek2 gambar dalam koleksi... nampak pula daging black pepper nie...


300 gm daging diperap dengan...

1 sudu bsr serbuk bwg putih (garlic powder)
1 sudu bsr serbuk halia
1 sudu bsr serbuk jintan
1 sudu bsr serbuk lada sulah
1 sudu bsr sebuk lada hitam
2 sudu teh garam
...selama lebih kurang 15 minit

bahan tumisan
5 ulas bwg kecil
7 ulas bwg putih
1 labu bwg besar (dihiris)
3cm halia
1 sudu bsr sos tiram
5 tangkai daun bawang (dihiris)
1 sudu bsr lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu teh gula
1 tin kecil kacang peas (toskan airnya)
minyak menumis


Panaskan minyak, tumis bwg merah 5 ulas dan bwg putih 7 ulas ditumbuk digoreng bersama halia 3cm yang dihiris nipis racik memanjang. Masukkan daging yg telah diperap, kacau. Biar sebentar, masukkan sesudu besar sos tiram, sesudu besar sos tomato, sesudu besar kicap manis dan1 sudu bsr biji lada hitam di tumbuk kasar. (boleh tambah gula 2 sudu teh jika suka). Kacau sebati dan biarkan hingga daging dan bumbu sebati. Bila hampir kering masukkan 1 labu bwg besar yang dihiris dan 1 tin kecil kacang peas. Akhir sekali masukkan daun bwg 5 tangkai yang dihiris. Angkat dan hidangkan.