Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Tuesday, 31 July 2012

sotong goreng cili api belacan

dah lama tak buat... sotong goreng cili api belacan! suka anak2...


bahan
10 ekor sotong dibersihkan, tos dan sumbatkan kepala ke dalam sotong
5 biji bawang merah di tumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
2 cm belacan dihancurkan 
4 biji cili padi ditumbuk
1 biji bawang besar di hiris bulat
3 tangkai daun bawang dihiris serong
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
minyak untuk menumis


cara
tumis bawang dan kemudian masukkan cili api. kacau biar cili agak garing. masukkan belacan, garam dan gula, kacau rata. masukkan bawang besar dan gaul sebati. masukkan sotong satu persatu dan biarkan sotong mengecut masak. sotong akan mengeluarkan air dan bila air hampir kering, masukkan daun bawang hiris tadi dan gaul rata. biar sebentar. tutup api, dan sedia untuk dihidangkan.


ini gambar2 yang sempat faii rakamkan...






Friday, 27 July 2012

sotong goreng tomyam

dibulan ramadan, teringin tomyam tapi kalau time berbuka nak hirup sup tomyam takut pedih perut pula... jadi sekadar buat sotong goreng tomyam lecah sikit2 aje laa...
bahan 
4 ekor sotong dibersihkan dan dihiris
5 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar pes tomyam
5 hirisan lengkuas
1 batang serai diketuk
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 keping daun limau purut
setengah biji lobak merah di potong jejari
1 bij bawang besar di belah lapan (kalau guna bwg holland lebih baik)
5 helai sayur kubis panjang (dipotong, asingkan batang dan daunnya)
7 keping cendawan (dikoyak-koyakkan ikut saiz yang disukai)
1 biji tomato dibelah 6
2 helai daun bawang dihiris 
sedikit minyak untuk menumis

cara
panaskan minyak, goreng bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan cili boh dan tumis hingga garing. masukkan lobak merah, gaul rata. kemudian masukkan hirisan batang kubis panjang, cendawan, tomato, lengkuas, serai dan gaul rata. biar sebentar, dan masukkan sotong, gaul dan kemudian masukkan pes tomyam. gaul sebati dan biar seketika. air sotong akan keluar, jadi tak perlu tambah air. masukkan pula daun limau purut, daun kubis panjang, daun bawang, gula dan garam. gaul rata. dan hampir kering, tutup api. boleh dihidangkan.

ini gambar2 yang sempat dirakamkan...











Tuesday, 26 June 2012

sambal sotong sumbat

dah lama tak membuat sotong sumbat... untuk juadah makan malam nie faii buatkan sotong sumbat kegemaran famili faii... jom tengok camna faii buat :)


15 ekor sotong putih di buang kulit, buang mata pada sesungut dan bahagian dlm sotong dengan menggunakan sudu kecil bersihkan, cuci dan toskan biar airnya kering.


5 biji telur ayam, masukkan setengah sudu teh garam dan pukul sebati mcm nak buat telur dadar tu. panaskan minyak secukupnya dan tuangkan adunan telur sambil kacau untuk buat telur cincai (ada org panggil telur hancur) senang kata, buat telur scrambled egg. asal masak lembut, tutup api dan angkat. biar sejuk dahulu.


telur cincai yang dah digoreng tadi, sumbat kedalam sotong 3/4 penuh dan akhirnya  sumbat masuk pula kepala sotong. ulang yang sama hingga semua sotong selesai disumbat.


untuk tumis
5 biji bwg merah ditumbuk
3 biji bwg putih ditumbuk
5 sudu besar cili boh
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar kicap pekat manis
1 biji bwg besar dihiris
minyak untuk menumis


panaskan minyak, tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan, masukkan cili boh dan biar masak hingga cili garing. masukkan garam, gula dan bwg besar. gaul sebati seketika.  kemudian masukkan sotong, susun atur elok elok. biarkan sotong masak dan sekali sekala perlahan lahan balik kan sotong, sotong akan mula mengecut dan air akan keluar. biar hingga agak pekat sambalnya, masukkan kicap buat menggelapkan sikit warna sambal. bila sotong dah masak, tutup api, dan sedia untuk dihidangkan. 


antara gambar-gambar yang faii rakamkan... jom tengok!


telur cincai (scrambled eggs)
sesi menyumbat sotong
menumis bawang dan cili boh
susun atur sotong dalam sambal
air mula keluar sebab sotong mula masak mengecut
sotong sumbat dah masak
sambal sotong sumbat faiinya
selamat mencuba!

Monday, 25 June 2012

sotong goreng kunyit kacang buncis

sotong goreng kunyit kacang buncis nie memang selalu faii buat sebab anak perempuan suka katanya tak pedas dan ada sayur... mudah untuk disediakan...
7 ekor sotong putih dihiris di cuci, toskan, celur seketika dengan air panas dan tos biar air kering
gaul sotong dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu besar serbuk kunyit. goreng sotong dalam minyak yang panas, angkat dan tos atas tisu dapur. ketepikan


10 batang kacang buncis dicuci dan dihiris menyerong
3 ulas bwg kecil dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis


tumiskan bwg kecil dan bwg putih hingga kekuningan.  masukkan kcg buncis, garam dan gula. gaul merata dan bila kcg buncis hampir layu, masukkan sotong yang dah digoreng tadi. gaul sebati dan tutup api. angkat dan hidangkan.

Sunday, 24 June 2012

sotong goreng kicap

memang kami sekeluarga menggemari makanan laut terutamanya sotong... nie cara faii masak sotong goreng kicap...
bahan:
8 ekor sotong di bersih dan dibelah dua
1 biji tomato di belah 8
1 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar cili boh
1 biji lada hijau dihiris
5 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuh
2 kuntuk bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 keping halia di hiris panjang
4 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap masin
minyak untuk menumis

memasaknya:
sotong di celur dahulu dalam air panas seketika utk mengurangkan air pada sotong, toskan.  panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan cili boh biar hingga agak garing. masukkan halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. masukkan kicap pekat manis dan kicap masin. biar hingga kicap menjadi pekat. masukkan bawang besar, tomato, lada hijau dan sotong. gaul merata biar sehingga tomato agak layu dan sotong empuk. tutup api, angkat dan sedia dihidangkan

kicap yang digoreng dalam minyak akan jadi pekat dan akan melekat pada sotong.

Tuesday, 12 June 2012

masak lemak bunga kantan bebola udang & sotong


anak2 faii memang suka bebola makanan laut, jadi variasikan laa cara memasaknya... 
bahan2
10 biji bebola udang
10 biji bebola sotong
5 kuntum bunga kantan dibelah dua
5 batang serai dihiris nipis dan dikisar dgn sedikit air hingga halus
2 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
10 biji cherry tomato 
2 sudu besar cili boh
1 cm kunyit ditumbuk halus
5 biji bwg merah ditumbuk
1 biji bwg putih ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
sedikit minyak untuk menumis


caranya
tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan ciliboh dan tumis hingga garing. masukkan serai yang dah dikisar, kunyit yang ditumbuk dan biarkan sebentar. masukkan bebola dan gaul rata. biar sebentar bagi bebola dan bumbu sebati. masukkan air dan serai yang diketuk. biarkan mendidih. masukkan santan, bunga kantan, gula dan garam. bila dah mendidih masukkan daun limau purut, cherry tomatoes dan biar hingga santan pecah minyak. tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


nota:
tak perlu tambah asam keping sbb cherry tomatoes tu akan terbitkan rasa masamnya. kalau guna tomato biasa, sebiji dibelah empat sudah memadai. kalau nak pedas boleh masukkkan beberapa biji cili api yang diketuk semasa kuah mendidih.

Wednesday, 6 June 2012

sambal sotong bersantan

sesekali, faii memang buat sambal sotong bersantan nie... lemak rasanya...

7 ekor sotong putih (saiz besar)
dibuang kulit dipotong ikut suka
5 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
1cm halia ditumbuk halus
5 sudu bsr cili boh
1 labu bwg besar dihiris
2 sudu bsr santan pekat
1 sudu bsr air asam jawa
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula merah


Tumis bwg merah, bwg putih, halia dan cili boh hingga garing. Masukkan sotong dan garam. Biarkan mendidih.  Masukkan bwg besar dan santan pekat.  Biar pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula merah. Biar sebentar. Angkat dan hidangkan.


nota: gula merah atau gula nau lebih sedap utk sambal.  Halia digunakan utk hilangkan bisa gatal sotong bagi yang resdung.  Jika tdk guna dlm masakan, boleh rendam sotong sebentar dgn air halia semasa membersihkannya.

masak lemak cili api sotong

memang satu famili suka sotong... kali nie buat masak lemak cili api...



sotong putih saiz besar 7 ekor potong ikut suka
kentang sederhana besar 5 biji di potong 2 (direbus asing)
3 batang serai diketuk
7 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwh putih ditumbuk
7 biji cili api yang besar 
5 biji lada hijau dibelah dua dibuang biji
3 cm kunyit hidup ditumbuk halus
santan pekat 1 mangkuk


Didihkan secawan air panas dlm periuk bersama bwg merah, bwg putih, serai, kunyit dan cili api yang telah ditumbuk. Bila mendidih masukkan kentang, lada hijau dan santan pekat (jgn tambah air sbb sotong akan keluar air).  Biar sebentar, kemudian masukkan sotong dan tambah garam 2 sudu teh. Biarkan mendidih hingga sotong masak. Angkat dan hidangkan. 


Sotong cepat masak jadi jgn lama sangat nanti kecut terlebih pula!