Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

taugeh goreng tauhu

sesekali buat sayur taugeh goreng ngan tauhu...
semangkuk taugeh dibuang akar, bersihkan dan tos
2 biji tauhu dipotong dadu, digoreng dan toskan minyak atas tisu dapur
3 helai daun bawang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
setengah biji lada merah dihiris, buang biji
2 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
7 biji bebola ikan goreng dihiris nipis
minyak untuk menumis


panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan, masukkan lada merah dan hirisan bebola ikan, gaul rata. masukkan taugeh, garam dan gula. kacau dan biarkan hingga taugeh separa masak. masukkan hirisan daun bawang dan tauhu yang dah digoreng, gaul merata. setelah daun bwg layu. tutup api dan angkat untuk dihidangkan. simple aje kan? :)


jom tengok gambar-gambar yang sempat faii rakamkan...










Monday, 25 June 2012

sotong goreng kunyit kacang buncis

sotong goreng kunyit kacang buncis nie memang selalu faii buat sebab anak perempuan suka katanya tak pedas dan ada sayur... mudah untuk disediakan...
7 ekor sotong putih dihiris di cuci, toskan, celur seketika dengan air panas dan tos biar air kering
gaul sotong dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu besar serbuk kunyit. goreng sotong dalam minyak yang panas, angkat dan tos atas tisu dapur. ketepikan


10 batang kacang buncis dicuci dan dihiris menyerong
3 ulas bwg kecil dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis


tumiskan bwg kecil dan bwg putih hingga kekuningan.  masukkan kcg buncis, garam dan gula. gaul merata dan bila kcg buncis hampir layu, masukkan sotong yang dah digoreng tadi. gaul sebati dan tutup api. angkat dan hidangkan.

Sunday, 24 June 2012

sup sayur petola

petola memang selalu faii buat sup sayur campur tahu puff... 
sebiji petola di buang kulit secara selang seli dan dikikis sedikit buang lapisan yang keras, cuci dan toskan
3 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
setengah kuih ikan dihiris nipis
5 biji tauhu puff dipotong dua
sebiji tomato dibelah 8
sedikit suhu direndam supaya kembang dan ditoskan, potong pendek-pendek dalam seinci 
garam buat perisa
semangkuk air
sedikit minyak untuk menumis


panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. masukkan kuih ikan, gaul merata dan hingga masak.  tuangkan semangkuk air dan biar mendidih.  masukkan petola, tomato dan tauhu puff. perisakan dengan garam ikut kesesuaian. bila petola sudah hampir layu, masukkan suhun. kacau sebentar dan tutup api. angkat dan boleh dihidangkan. oh ya, faii tak letak suhun lama sangat... asal jernih suhun tu, sudah mencukupi...  suhun tak perlu terlalu lama nanti sementara kuah masih panas, proses pengembangan suhun masih berlaku. 

Friday, 22 June 2012

sup sawi bebola tauhu puff

sup sawi bebola tauhu puff nie memang jadi kegemaran anak-anak faii... anak perempuan faii memang suka sangat sayur, anak yang kedua suka tauhu puff dan yang sulung suka bebola hehee si bongsu pula... suka sup aje... haaa pilih laa mana-mana nak...



3 biji bwg merah dihiris
2 biji bwg putih dihiris
5 biji bebola ikan putih dihiris
7 biji tauhu puff dibelah dua
1 ikat sawi (dicuci, dipotong asingkan batang sawi dan daunnya)
setengah kiub pati ayam knorr
2 cwn air
1 sudu teh garam
satu sudu besar bwg goreng
sedikit minyak untuk menumis

panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih agak kekuningan, masukkan kiub pati ayam, masukkan air. bila dah mendidih, masukkan batang sawi dan bebola. biar hingga bebola terapung. masukkan garam, sawi dan tauhu puff. biar menggelegak dan sawi empuk. tutup api. taburkan bawang goreng dan sedia dihidangkan. ringkas sahaja.

Tuesday, 12 June 2012

gulungan daging ayam bersayur


daun salad ada lebih dlm peti ais, anak2 tak brpa suka salad... maka tercetus laa idea gulungan daging ayam nie... bila sekali dah buat, jadi tiap kali kalau ada kepingan daging ayam, mesti gulungan daging ayam bersayur yang anak2 nak makan... 
bahan2
20 kepingan daging ayam
1 biji capsicum kuning dihiris panjang
1 biji capsicum orange dihiris panjang
1 biji capsicum merah dihiris panjang
daun salad secukupnya
lidi satay


cara2
dalam kuali leper, goreng kepingan daging ayam dengan sedikit planta (macam buat lempeng) bila masak angkat. ulang hingga selesai.


atas kepingan ayam yang telah masak, letak dahulu daun salad, diikuti dengan capsicum pelbagai warna. gulung baik2 dan sematkan lidi satay. potong lebihan lidi dan atur gulungan untuk dihidang. boleh dimakan bersama sos thai yang dicampur dengan sedikit mayonis.


untuk sos:
3 sudu besar sos thai dicampur dengan satu sudu besar mayonis, gaul sebati

Thursday, 31 May 2012

asaparagus cendawan bonashimeiji

asparagus memang menyelerakan... ternampak pulak masa beli sayur sayuran cendawan putih bonashimeiji, wahhhhh nie best buat gabungan ngan asparagus... 


3 ulas bwg merah ditumbuk
2ulas bwg putih ditumbuk
2 paket asparagus
1 paket cendawan putih bonashimeiji
2 ekor sotong dipotong panjang dan dibersihkan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar serbuk lada sulah

Tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga naik bau. Masukkan asparagus, garam, sos tiram, gula dan kacau rata. Bila asparagus hampir empuk masukkan sotong, cendawan white bonashimeiji dan lada sulah. Sotong masak, angkat dan hidangkan.

asparagus cepat empuk dan sotong cepat masak. tak perlu tambah air sebab nanti air sotong akan keluar bila masak.


sayur goreng

sayur goreng ala masakan jawa nie sentiasa faii gemari... suka meratah gitu gitu aje... ada yang sebut sambal goreng... hmmm tak kisah apa namanya yang penting... tempe paling utama kena ada dlm bahan sayur goreng nie... nie sayur goreng faii nya style hehee...


5 ulas bwg merah ditumbuk

2 ulas bwg putih ditumbuk
3 keping fuchuk direndam dan dipotong
150gm suhun direndam dan dipotong
2 keping tempe dihiris kecil, digaram, dikunyitkan dan digoreng
5 btg kacang panjang dipotong pendek
2 keping tauhu dipotong kecil dan digoreng
sepeket udang kering ditumbuk
5 keping cendawan hitam direndam dan dihiris kecil
2 sudu bsr santan
1 sudu bsr cili kering
1 sudu bsr serbuk kari dilarutkan dalam sedikit air
2 sudu bsr kicap pekat manis
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bg merah, bwg putih dan cili giling hingga garing. Masukkan udang kering dan bancuhan kari dan tumis hingga naik bau. Masukkan 3 sudu bsr air. Biar mendidih.  Masukkan fuchuk, suhun, cendawan hitam dan kacang panjang. Gaul rata. Biar hingga air hampir kering. Masukkan garam, kicap pekat manis, santan, tempe dan tauhu. Gaul sebati.  Kacau sekali sekala hingga kering air dan kacang empuk. Pastikan suhun menjadi jernih warnanya. Angkat dan hidangkan.