Showing posts with label petai. Show all posts
Showing posts with label petai. Show all posts

Sunday, 24 June 2012

petai ikan bilis goreng


sesekali buat petai ikan bilis goreng...
bahan:
semangkuk ikan bilis dicuci tos dan digoreng, angkat ke tepikan
semangkuk petai dibelah dua dicuci tos dan digoreng sebentar, angkat ke tepikan
5 biji bwg merah ditumbuk
2 biji bwg putih ditumbuk
7 biji cili api ditumbuk
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit minyak utk menggoreng


cara:
panaskan satu sudu besar minyak masak, tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau. masukkan cili api, garam dan gula, kacau sebentar. kemudian masukkan petai (yg dah digoreng), gaul rata. akhir sekali masukkan ikan bilis (yg telah digoreng), gaul sebati, tutup api, angkat dan hidangkan

Thursday, 21 June 2012

sambal udang petai

sambal udang petai memang kegemaran suami faii... kalau petai faii mesti belah dua masa membersihkannya sebab nampak cantik tapi kena check dalamnya jangan berpenghuni hehee kalau anak faii yang sulung dia suka sambal nie makan ngan nasi lemak... faii kalau petai memang tak minat tapi untuk famili, memang faii masakkan juga
300g udang putih saiz sederhana besar, dibelah belakang buang uratnya, buang ekor sahaja, cuci dan tos
5 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
3 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar dihiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 papan petai di belah dua dan dicuci, toskan
minyak untuk menumis


panaskan minyak dan tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan cili boh dan kacau sesekali hingga cili garing.  masukkan bawang dan biarkan agak layu, masukkan udang, garam dan gula, gaul sebati. udang akan keluarkan airnya. bila udang hampir masak, masukkan petai. gaul rata. biar seketika dan tutup api, angkat. sedia untuk dihidang.