Showing posts with label bebola. Show all posts
Showing posts with label bebola. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

taugeh goreng tauhu

sesekali buat sayur taugeh goreng ngan tauhu...
semangkuk taugeh dibuang akar, bersihkan dan tos
2 biji tauhu dipotong dadu, digoreng dan toskan minyak atas tisu dapur
3 helai daun bawang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
setengah biji lada merah dihiris, buang biji
2 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
7 biji bebola ikan goreng dihiris nipis
minyak untuk menumis


panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan, masukkan lada merah dan hirisan bebola ikan, gaul rata. masukkan taugeh, garam dan gula. kacau dan biarkan hingga taugeh separa masak. masukkan hirisan daun bawang dan tauhu yang dah digoreng, gaul merata. setelah daun bwg layu. tutup api dan angkat untuk dihidangkan. simple aje kan? :)


jom tengok gambar-gambar yang sempat faii rakamkan...










Friday, 22 June 2012

sup sawi bebola tauhu puff

sup sawi bebola tauhu puff nie memang jadi kegemaran anak-anak faii... anak perempuan faii memang suka sangat sayur, anak yang kedua suka tauhu puff dan yang sulung suka bebola hehee si bongsu pula... suka sup aje... haaa pilih laa mana-mana nak...



3 biji bwg merah dihiris
2 biji bwg putih dihiris
5 biji bebola ikan putih dihiris
7 biji tauhu puff dibelah dua
1 ikat sawi (dicuci, dipotong asingkan batang sawi dan daunnya)
setengah kiub pati ayam knorr
2 cwn air
1 sudu teh garam
satu sudu besar bwg goreng
sedikit minyak untuk menumis

panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih agak kekuningan, masukkan kiub pati ayam, masukkan air. bila dah mendidih, masukkan batang sawi dan bebola. biar hingga bebola terapung. masukkan garam, sawi dan tauhu puff. biar menggelegak dan sawi empuk. tutup api. taburkan bawang goreng dan sedia dihidangkan. ringkas sahaja.

Tuesday, 12 June 2012

masak lemak bunga kantan bebola udang & sotong


anak2 faii memang suka bebola makanan laut, jadi variasikan laa cara memasaknya... 
bahan2
10 biji bebola udang
10 biji bebola sotong
5 kuntum bunga kantan dibelah dua
5 batang serai dihiris nipis dan dikisar dgn sedikit air hingga halus
2 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
10 biji cherry tomato 
2 sudu besar cili boh
1 cm kunyit ditumbuk halus
5 biji bwg merah ditumbuk
1 biji bwg putih ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
sedikit minyak untuk menumis


caranya
tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga kekuningan. masukkan ciliboh dan tumis hingga garing. masukkan serai yang dah dikisar, kunyit yang ditumbuk dan biarkan sebentar. masukkan bebola dan gaul rata. biar sebentar bagi bebola dan bumbu sebati. masukkan air dan serai yang diketuk. biarkan mendidih. masukkan santan, bunga kantan, gula dan garam. bila dah mendidih masukkan daun limau purut, cherry tomatoes dan biar hingga santan pecah minyak. tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


nota:
tak perlu tambah asam keping sbb cherry tomatoes tu akan terbitkan rasa masamnya. kalau guna tomato biasa, sebiji dibelah empat sudah memadai. kalau nak pedas boleh masukkkan beberapa biji cili api yang diketuk semasa kuah mendidih.