Sunday, 10 June 2012

spagetti angel hair bebola daging

tergelak gelak faii sambil taip post di blog nie... Noor Ashikin Khadis, rakan fb faii guna application fb dan dlm application tu tunjukkan rumah yang sesuai untuk dia ialah reban ayam... sampai hati kan application tu... mcm2 fb... 


apa2 pun jom tgok sikit resepi hujung minggu... breakfast pagi dengan spagetti bebola daging yang simple aje, sbb faii lupa nak letak minced meat, sekadar letak bebola aje hehee jadi laa kan... famili faii suka spagetti angel hair sbb halus sikit... 
sebungkus spagetti angel hair
rebus hingga empuk, toskan, curah air masak sejuk, toskan (tujuan memberhenti proses masak sbb walaupun spagetti dah ditoskan dari air rebusan tapi ia akan tetap alami proses masak akibat haba panas, jadi selepas rebus, tos, curahkan dengan air masak sejuk) toskan lagi dan tuang minyak zaitun, gaul rata. 


2 kotak bebola daging (cuci, rebus dgn garam dan serbuk lada sulah hingga empuk)
1 botol besar sos pasta tomato 
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bwg besar, potong dadu
2 biji tomato, buang isinya, potong dadu
3 ulas bwg putih hiris
1 sudu besar daun oregano kering
2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 senduk sos tomato (memekatkan kuah dan memberi rasa manis)
1 tin cendawan butang (buang airnya, cuci, tos, dan hiris)
7 biji tomato ceri (dibelah dua)
2 sudu besar serbuk keju parmesan


panaskan minyak zaitun, tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga layu. masukkan tomato yang dipotong dadu, gaul rata hingga tomato layu. Masukkan pula bebola dan serbuk lada sulah. kacau sebati. Kemudian, curah sos pasta tomato, sos tomato, garam gula, gaul rata. garam dan gula ikut kesesuaian rasa masing2 ya. masukkan oregano kering, tutup periuk biar mendidih atas api sederhana.  masukkan pula cendawan butang dan tomato ceri. biar mendidih hingga tomato ceri masak. Taburkan serbuk keju parmesan kacau sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


untuk hidangan
letakkan spagetti angel hair dalam mangkuk, sendukkan kuah bebola dan taburkan sedikit serbuk keju parmesan.  Hidangkan.


jom tengok gambar2 yang sempat faii rakam kan...


jenama bebola daging yang faii guna
bebola daging yang dah direbus dengan garam dan serbuk lada sulah
bawang besar, tomato, bawang putih
menumis
tomato dipotong dadu
gaul bebola daging
masukkan sos pasta tomato dan sos tomato
daun kering oregano
didihkan
hirisan cendawan butang
hirisan tomato ceri
serbuk keju parmesan
siap untuk dihidangkan


oh ya... esok anak2 mula bersekolah selepas cuti 2 minggu... selamat bertugas kembali ya para guru! selamat malam... 

No comments:

Post a Comment