1kg udang putih (saiz besar)
dibuang kepala, ekor, belah belakang buang uratnya
basuh bersih, tos, garam dan kunyitkan
7 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili boh
1 biji bwg besar dihiris.
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 cawan air
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
sebatang serai dititik
Panaskan minyak, goreng udang hingga garing. Ulang hingga habis.
Tumis bwg merah, bwg putih dan cili boh hingga garing. Tuang air, masukkan serai dan biarkan mendidih. Masukkan sos cili, sos tomato, bawang besar, garam dan gula. Biar sebentar. Masukkan udang yang dah digoreng gaul sebati. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment