Monday, 25 June 2012

kek pistachio chocolate mousse

faii dah lama belek2 resepi dlm buku nota faii... pes pistachio... memang faii ada pes tu kebetulan hari tu tersilap beli ingatkan pes mocha rupanya pes pistachio... untuk dessert makan mlm faii buatkan kek pistachio chocolate mousse... sambil masak lauk makan malam... sambil baking
untuk kek span
500g tepung vanilla sponge cake mix
6 biji telur gred A
125ml air
125ml minyak mazola
putar tepung dan telur hingga sebati, masukkan air dan putar hingga kembang. masukkan minyak mazola dan putar sebentar.  faii buat 2 biji kek daripada adunan ini, sebiji faii tuang dan bakar adunan dalam tin pembakar bulat 8' dan sebiji lagi adunan faii bakar guna acuan pembakar roti segi empat panjang. dalam resepi nie faii hanya guna kek segi empat sahaja. bakar kek pada suhu 170C untuk 35 minit. bila masak keluar dan sejukkan. faii belah kek kepada 6 lapisan tapi lapisan atas kek faii tak gunakan.


untuk mousse coklat
1 biji kuning telur gred A
20g gula kastor
10g serbuk gelatin halalgel
1/2 sudu teh coffee emulco
50ml air
150g kepingan coklat masak (dark chocolate)
50g whipping cream


dalam periuk atas api sederhana gula, kuning telur, air dikacau sebati dan dididihkan.  masukkan serbuk gelatin kedalamnya dan kacau hingga serbuk larut. tutup api. biarkan sejuk.  dalam periuk atas api sederhana, cairkan coklat masak dengan whipping cream. tutup api bila dan mencair. ketepikan. 


200g whipping cream diputar hingga kembang, masukkan adunan gelatin, coklat yg dah dicairkan dan coffee emulco. putar sebati.


untuk pes pistachio
2 biji telur kuning gred A
50g gula kastor
40ml air
120g butter (faii guna anchor butter)
50g pistachio paste
didihkan air, gula dan kuning telur atas api sederhana. tutup api. sejukkan.
putar butter hingga kembang, masukkan pistachio paste dan adunan gula tadi. pukul hingga sebati dan kembang.


menyediakan kek pistachio chocolate mousse
atas lapisan pertama kek, sapukan dengan mousse coklat. tangkup dengan selapis kek lagi. sapukan atasnya pes pistachio pula. ulang dengan lapisan kek seterusnya sambil sapu selang seli antara mousse coklat dan pes pistachio hingga semua kek dilapiskan.  baki pes pistachio boleh disapu merata pada seluruh kek. taburkan dengan hirisan kacang pistachio diatasnya. sejukkan dalam peti ais sekurang kurangnya 30 minit sebelum dipotong.


selamat mencuba!



4 comments:

  1. Assalamualaikum.. menggoda sungguh kek tu. InsyaAllah, nk try 1 ari nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... terima kasih... cuba lah ya :)

      Delete
  2. As salam, kat mana nak dapatkan pistachio paste...

    ReplyDelete
  3. As salam, kat mana nak dapatkan pistachio paste...

    ReplyDelete