Thursday, 31 May 2012

classic tiramisu

guruh berdentam dentum kat langit... hujan nie... sejukkkkk best! alhamdulillah hujan rahmat Ilahi!... hmm teringat permintaan kak Kamilia Ibrahim, panggilan manja Kak Uteh rakan fb faii... kak Uteh nak tahu resepi classic tiramisu... jadi, kali nie faii post kan resepi classic tiramisu untuk kak Uteh dan tatapan pengunjung blog ini... boleh laa dicuba ya...


kek tiramisu nie sengaja faii nampakkan susunan biskut savoiardinya...

Bahan keperluan


1 biji kek span coklat

1 bungkus biskut savoiardi
Air necafe atau air kopi ikut citarasa
Serbuk koko Van Houten untuk hiasan



Penyediaan Mousse Keju

A
500g mascarpone cheese (boleh digantikan penggunaannya dengan 200g sour cream campur 300g cream cheese)
6 biji kuning telur gred A
100g gula kastor
Guna kaedah double boiling, gaul semua bahan dan kacau hingga cair dan sebati. Ketepikan.

B
20g serbuk gelatin
30ml air suam
Larutkan bahan sehingga gelatin larut dengan betul, tuang A ke dalam B kacau sebati. Letakkan bekas adunan dalam mangkuk berisi air sejuk dan air, sambil kacau adunan untuk menurunkan suhu. Ketepikan bila adunan dah mula sejuk suhu bilik.

C
250g whipping cream
50g liquid mocha
Putar whipping cream hingga kembang, masukkan liquid mocha dan tuangkan adunan campuran A dan B tadi.  Putar hingga kembang.

Cara membuat kek.
Potong kek kepada 2 bahagian.  Letakkan bahagian lapisan kek yang pertama atas cake board. Sapukan mousse keju atas lapisan pertama, ratakan. Celupkan sekilas biskut savoiardi dalam air Nescafe dan susu atas kek. Ulang hingga biskut savoiardi menutup lapisan kek. Kemudian, sapukan lagi mousse keju atas susunan biskut savoiardi. Ratakan. Tutup lapisan ini dengan 1 lagi bahagian kek.  Ratakan baki mousse keju keseluruh kek. Pada permukaan kek, ayakkan serbuk koko hingga menutupi permukaan kek. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.



...step by step...
Penyediaan kek span coklat

penyediaan mousse keju

penyediaan mousse keju

penyediaan mousse keju

lapik dulu kertas baking keliling kek


lapik kertas


kertas  alas dah dilapik keliling kek


mula meratakan mousse keju


celup sekilas biskut savoiardi dalam air nescafe atau air kopi


susun biskut savoiardi


lapisan biskut savoiardi

letak lapisan mousse keju diatas lapisan biskut savoiardi




ratakan mousse keju



lapisan biskut savoiardi di bahagian tengah lapisan


letak satu bahagian kek lagi di atasnya

lapisan kek menutup mousse eju

sapukan baki mousse keju keseluruh bahagian kek

sapukan mousse keju

licinkan sapuan mousse keju

ayak serbuk koko atas permukaan kek

dah siap diayak dengan serbuk koko



tarik kertas alas lapik tadi


tepi board bersih tanpa habuk koko... ratakan sapuan mousse bahagian bawah sisi kek

sejukkan dalam peti ais... sedia untuk dinikmati

selamat mencuba ya! 

moist chocolate cake deco

yesterday, i've posted... step by step... the making of moist chocolate cake... i have a few pictures of decorated moist chocolate cake... the bright red colour of strawberries match to the dark brown of the chocolate topping... so i luv to use strawberries to garnish a moist chocolate cake... simple ideas to deco a moist chocolate cake...


the strawberries have been glazed with liquid glucose before set off on the cake
happy teachers' day!
more of strawberries craze!

just a simple deco...
well... that are some ideas... next post... i'll share another idea on decorating a moist chocolate cake... till then... enjoy bakingcooking!!!

asaparagus cendawan bonashimeiji

asparagus memang menyelerakan... ternampak pulak masa beli sayur sayuran cendawan putih bonashimeiji, wahhhhh nie best buat gabungan ngan asparagus... 


3 ulas bwg merah ditumbuk
2ulas bwg putih ditumbuk
2 paket asparagus
1 paket cendawan putih bonashimeiji
2 ekor sotong dipotong panjang dan dibersihkan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar serbuk lada sulah

Tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga naik bau. Masukkan asparagus, garam, sos tiram, gula dan kacau rata. Bila asparagus hampir empuk masukkan sotong, cendawan white bonashimeiji dan lada sulah. Sotong masak, angkat dan hidangkan.

asparagus cepat empuk dan sotong cepat masak. tak perlu tambah air sebab nanti air sotong akan keluar bila masak.


asam pedas daging

asam pedas daging nie kami sekeluarga memang suka... tambahan ada aroma daun kesum dan bunga kantannya... 

300gm daging batang pinang, dihiris nipis, basuh toskan

2 btg bunga kantan dibelah 4

3 ikat daun kesum
1 sudu bsr kerisik
2 sudu bsr cili boh
7 biji cherry tomatoes
1 btg serai diketuk
7 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk halus
2 cm halia dihiris nipis
3 cwn air 
2 sudu teh garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bwg merah, bwg putih, halia tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili boh dan biarkan garing.  Masukkan daging, garam dan gaul sebati. Masukkan 1 cwn air, serai  dan halia hiris.  Biarkan daging empuk.  Tuangkan baki 2 cwn air,tunggu menggelegak. Masukkan bunga kantan, daun kesum.  Bunga kantan dan daun kesum dah layu, masukkan tomato dan kerisik. Biarkan hingga tomato merekah. Tutup api dan angkat.


Kalau nak pekat, kurangkan air, kalau suka cair, tambah laa air tu lebih agar kuah lebih.  Garam, adjust sendiri ya ;)  Tomato tu dah cukup memasamkan kuah.

mee bandung goreng

dah selalu faii nikmati mee bandung berkuah... hmm kalau balik muar, memang takkan lepaskan peluang makan mee bandung kat sana... kali nie faii tukar selera... buat mee bandung goreng pulak!
bahan:
1 kg mee kuning, cuci dan toskan
Semangkuk udang dibuang kulit dan urat belakang, bersih dan toskan
Semangkuk sotong dihiris panjang, cuci dan tos
2 keping dada ayam dihiris nipis
½ mangkuk kacang tanah yang dah digoreng dan ditumbuk
½ mangkuk udang kering direndam dan ditumbuk halus
7 biji bwg merah ditumbuk
3 biji bwg putih ditumbuk
Satu senduk sos tomato
1 keping kuih ikan dihiris nipis
7 biji bebola ikan dihiris nipis
3 sudu cili boh
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
10 tangkai daun sawi, asingkan batang dan daunnya
Semangkuk air
Sedikit minyak utk menumis


caranya:
tumis bwg merah dan bwg putih hingga kuning, masukkan cili boh dan goreng hingga garing (mati tumis), masukkan kacang tumbuk, udang kering dan dada ayam. Gaul rata dalam cili hingga isi ayam masak. Masukkan udang, sotong, bebola, kuih ikan dan batang sawi. Gaul rata. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula, sos tomato (boleh ditambah ikut rasa masing2). Masukkan mee dan daun sawi. Gaul rata. Biarkan dan kacau sekali sekala hingga air hampir kering dan mee lembut. Tutup api. Angkat dan hidangkan.
Faii bila goreng mee memang biarkan macam lecah2 sikit semasa tutup api. biar sebentar dalam kuali sambil kacau sekali sekala baru angkat masuk dalam mangkuk. kuah yang lecah2 tadi akan kering melekit pada mee.

sayur goreng

sayur goreng ala masakan jawa nie sentiasa faii gemari... suka meratah gitu gitu aje... ada yang sebut sambal goreng... hmmm tak kisah apa namanya yang penting... tempe paling utama kena ada dlm bahan sayur goreng nie... nie sayur goreng faii nya style hehee...


5 ulas bwg merah ditumbuk

2 ulas bwg putih ditumbuk
3 keping fuchuk direndam dan dipotong
150gm suhun direndam dan dipotong
2 keping tempe dihiris kecil, digaram, dikunyitkan dan digoreng
5 btg kacang panjang dipotong pendek
2 keping tauhu dipotong kecil dan digoreng
sepeket udang kering ditumbuk
5 keping cendawan hitam direndam dan dihiris kecil
2 sudu bsr santan
1 sudu bsr cili kering
1 sudu bsr serbuk kari dilarutkan dalam sedikit air
2 sudu bsr kicap pekat manis
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bg merah, bwg putih dan cili giling hingga garing. Masukkan udang kering dan bancuhan kari dan tumis hingga naik bau. Masukkan 3 sudu bsr air. Biar mendidih.  Masukkan fuchuk, suhun, cendawan hitam dan kacang panjang. Gaul rata. Biar hingga air hampir kering. Masukkan garam, kicap pekat manis, santan, tempe dan tauhu. Gaul sebati.  Kacau sekali sekala hingga kering air dan kacang empuk. Pastikan suhun menjadi jernih warnanya. Angkat dan hidangkan.

ayam masak serai

ayam masak serai nie, kalau ada lebih kuahnya, faii suka cicah ngan roti... kalau masaknya pula, suka guna serai lebih lebih sbb nak bau wangi serai tu ada...


seekor ayam di potong ikut brpa bahagian yang disukai (8, 16 dsb) 
digaram dan dikunyitkan
3 btg serai di hiris halus dan dikisar halus
7 btg serai diketuk
7 ulas bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
5 tangkai lada hijau dibelah 2
1 mangkuk santan pekat
2 sudu makan cili boh
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
7 biji cherry tomatoes
1 cawan air
sehelai daun kunyit  (lebar saiznya dibuang tulang daun dan dihiris nipis)
minyak untuk menumis

Panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih dan cili boh hingga garing.  Masukkan serai yang dah dikisar.  Gaul sebati dengan tumisan untuk seketika.  Tuangkan air, masukkan serai yang diketuk dan biarkan mendidih.  Masukkan ayam, gaul rata dan tutup kuali biar hingga ayam masak dalam air cili tumisan. Bila isi ayam telah mengecut, masukkan santan, garam, gula dan biarkan menggelegak. Bila santan telah pecah minyak, masukkan cherry tomatoes, lada hijau dan daun kunyit. Kacau rata. Biarkan seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Kalau suka berkuah boleh tambah air secawan lagi.

daging black pepper

cuaca mendung aje pulak hari nie... pagi tadi sibuk menyusun semula buku2 kat rak buku... ada buku2 yang dah tak diperlukan dah diikat dah... nak hantar ke tempat recycle... nie ada masa terluang, belek2 gambar dalam koleksi... nampak pula daging black pepper nie...


300 gm daging diperap dengan...

1 sudu bsr serbuk bwg putih (garlic powder)
1 sudu bsr serbuk halia
1 sudu bsr serbuk jintan
1 sudu bsr serbuk lada sulah
1 sudu bsr sebuk lada hitam
2 sudu teh garam
...selama lebih kurang 15 minit

bahan tumisan
5 ulas bwg kecil
7 ulas bwg putih
1 labu bwg besar (dihiris)
3cm halia
1 sudu bsr sos tiram
5 tangkai daun bawang (dihiris)
1 sudu bsr lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu teh gula
1 tin kecil kacang peas (toskan airnya)
minyak menumis


Panaskan minyak, tumis bwg merah 5 ulas dan bwg putih 7 ulas ditumbuk digoreng bersama halia 3cm yang dihiris nipis racik memanjang. Masukkan daging yg telah diperap, kacau. Biar sebentar, masukkan sesudu besar sos tiram, sesudu besar sos tomato, sesudu besar kicap manis dan1 sudu bsr biji lada hitam di tumbuk kasar. (boleh tambah gula 2 sudu teh jika suka). Kacau sebati dan biarkan hingga daging dan bumbu sebati. Bila hampir kering masukkan 1 labu bwg besar yang dihiris dan 1 tin kecil kacang peas. Akhir sekali masukkan daun bwg 5 tangkai yang dihiris. Angkat dan hidangkan.


Wednesday, 30 May 2012

kek coklat moist... moist chocolate cake




kaedah mengukus untuk menyediakan kek coklat moist nie sangat mudah dan kek nya pun lembut dan moist eh lembap... hehee pelik gak bunyi nya bila sebut dalam bahasa melayu! tapi... jom kita lihat resepinya...

1 cwn gula kastor
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu segar
1 cwn minyak sayuran (faii guna minyak jagung mazola)
1 cwn susu pekat
Masukkan semua dalam periuk dan panaskan guna api sederhana hingga semua cair.  tak perlu dididihkan, cukup sekadar semuanya cair sahaja... tutup api angkat dan ketepikan.

Sementara itu, panaskan periuk kukusan dan sediakan tin pembakar yang dah digriskan.  Panaskan tin pembakar dalam kukusan sebelum digunakan.


B
4 biji telur gred A
3/4 cwn tpg gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda
Ayak tpg sekali dgn baking powder dan bikarbonat soda.
Putar telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Masukkan sedikit demi sedikit campuran tpg tadi hingga habis.


Campurkan adunan A ke dalam adunan B.  Gaul sebati.
Tuangkan dalam tin pembakar dan kukus selama 35 hingga 45 minit. Boleh cucuk dengan cake tester, kalau licin cake tester, maka, siap dah masak kek nya!


Chocolate ganache
300g whipping cream
600g kepingan coklat masakan (dihiris menjadi kepingan kecil)
1 sudu bsr mentega
1/2 cwn susu pekat
Panaskan whipping cream sampai mula mendidih. Angkat dan tuang dlm bekas yang ada hirisan kepingan coklat masakan.  Masukkan mentega dan susu pekat. Gaul sebati.
Kaedah double boiling boleh digunakan untuk membuat coklat ganache ini.



Pastikan kek telah menyejuk pada suhu bilik baru tuang dan ratakan coklat ganache atas kek.... hidang dan makan!


kek coklat moist



curah coklat ganache di tengah2 ruang kosong kek dan seluruh kek...
bila dipotong... hmm bayangkan!

selamat mencuba!

moist chocolate cake





it's all time favourite...

there are several ways moist chocolate cake is being prepared... but this one method... steaming... fancy me the most! let me share this moist chocolate cake recipe with you all out there...

A
1 cup of castor sugar
1 cup of cocoa powder
1 cup of fresh dairy milk
1 cup of vegetable oil (i use mazola corn oil)
1 cup of condensed milk
All dissolved in a pot over low heat. Set aside when everything is well dissolved. Need not to simmer. Set aside.

Meanwhile, heat up the steamer pot over medium heat. Preheat a lined 9" greased baking tin as well.

B
4 grade A eggs
3/4 cup of plain flour
1 tsp of baking powder
1 tsp of sodium bicarbonate
Sift plain flour together with the baking powder and sodium bicarbonate.
Beat eggs at high speed till light and fluffy.  At medium speed, gradually add in the flour till well mixed.


Pour in A into B mixture. Fold well. Pour batter into the greased baking tin. 
Steam it for 35 to 45 minutes. Insert a cake tester into the middle of cake, if it comes out clean, it is done!

Chocolate ganache
300g whipping cream
600g cooking chocolate (chopped to small pieces)
1 tbsp butter
1/2 cup condensed milk
Heats up whipping cream till almost simmer. Pour into cooking chocolate, add in butter and condensed milk. Mix well.  
Another method is double boiling technique where you mix all ingredients and till chocolate is well melted.  Set aside.

Let cake cool off, then spread over chocolate ganache on the cake... ready to be served!

...step by step...
some of the ingredients

castor sugar
cocoa powder

fresh dairy milk

vegetable oil ( i use mazola corn oil)

condensed milk

heat up

mix well

till everything dissolved

steamer pot

inner pot

beat eggs

at high speed

till light and fluffy

gradually add in the flour mixture


till well blended

pour in A into B

a lined 9" greased baking tin

pour batter into baking tin

steam it in the steamer

top with chocolate ganache
enjoy! have a great day!