Thursday, 31 May 2012

mee bandung goreng

dah selalu faii nikmati mee bandung berkuah... hmm kalau balik muar, memang takkan lepaskan peluang makan mee bandung kat sana... kali nie faii tukar selera... buat mee bandung goreng pulak!
bahan:
1 kg mee kuning, cuci dan toskan
Semangkuk udang dibuang kulit dan urat belakang, bersih dan toskan
Semangkuk sotong dihiris panjang, cuci dan tos
2 keping dada ayam dihiris nipis
½ mangkuk kacang tanah yang dah digoreng dan ditumbuk
½ mangkuk udang kering direndam dan ditumbuk halus
7 biji bwg merah ditumbuk
3 biji bwg putih ditumbuk
Satu senduk sos tomato
1 keping kuih ikan dihiris nipis
7 biji bebola ikan dihiris nipis
3 sudu cili boh
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
10 tangkai daun sawi, asingkan batang dan daunnya
Semangkuk air
Sedikit minyak utk menumis


caranya:
tumis bwg merah dan bwg putih hingga kuning, masukkan cili boh dan goreng hingga garing (mati tumis), masukkan kacang tumbuk, udang kering dan dada ayam. Gaul rata dalam cili hingga isi ayam masak. Masukkan udang, sotong, bebola, kuih ikan dan batang sawi. Gaul rata. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula, sos tomato (boleh ditambah ikut rasa masing2). Masukkan mee dan daun sawi. Gaul rata. Biarkan dan kacau sekali sekala hingga air hampir kering dan mee lembut. Tutup api. Angkat dan hidangkan.
Faii bila goreng mee memang biarkan macam lecah2 sikit semasa tutup api. biar sebentar dalam kuali sambil kacau sekali sekala baru angkat masuk dalam mangkuk. kuah yang lecah2 tadi akan kering melekit pada mee.

No comments:

Post a Comment