kali nie, faii nak post resepi kek yang faii dapat dari kak Chahaya Shiela... memang sedap dan best! faii dah berkali kali buat kek lapis prune nie... berkali kali buat kek nie dan macam2 bentuk loyang yang faii gunakan sbb memang sedap. rakaman jutaan terima kasih pada kak Chahaya Shiela yg sudi berkongsi resepi nie... sayang akak!!!
resepi nie memang yang asal... faii tak ubah langsung dan memang sedap...
Lapisan prune
8 biji telur kuning gred A
220g gula kastor (gula faii kurangkan jadi faii hanya guna 150g sahaja)
300g prune (faii guna pitted prune sunflower)
200g butter
2 sudu bsr susu pekat
2 sudu bsr gula hangus
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr baking powder
130g tpg gandum
Lapisan putih
8 biji putih telur gred A
220g gula kastor (gula faii kurangkan, faii guna 150g sahaja)
200g minyak sapi (faii guna minyak sapi jenama cow & calf)
2 sudu bsr susu pekat
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr baking powder
150g tpg gandum
panaskan kukus dan loyang dulu.
untuk lapisan prune
cincang buah prune. putar mentega dgn gula kastor hingga sebati, masukkan kuning telur putar hingga kembang. masukkan gula hangus, susu pekat dna esen vanilla. putar sebati. masukkan tpg gandum yang dah diayak dgn baking powder sedikit demi sedikit hingga habis. kemudian, masukkan prune cincang ke dalam adunan.
untuk lapis putih
putar minyak sapi dan gula kastor hingga sebati. masukkan putih telur dan putar hingga kembang. masukkan susu pekat, esen vanilla dan putar sebati. masukkan tpg gandum yang dah diayak dgn baking powder sedikit sedikit dan putar hingga sebati.
sendukkan lapisan prune dulu dalam loyang, ratakan dan kukus dalam 10 minit. kemudian lapiskan pula dengan lapisan putih dengan sukatan yg sama macam lapisan prune, ratakan dan kukus untuk 10 minit lagi. ulang hingga habis adunan.
bila dah masak boleh laa biarkan sejuk suhu bilik dan hidangkan.
berikut gambar2 kek lapis prune kukus yang faii rakam...
wahhh.. terharunya cerita burung tempua tu kann.. hehee.. mmg mantop kek mu yang.. :)
ReplyDeletekak Shiela! terima kasih bagi resepi dan ajar faii macamana nak buat kek lapis prune nie! tq sifu! sayangggg akak!
Delete