Friday, 29 June 2012

cake deco... moist chocolate cake

pertama sekali faii nak ucapkan tahniah, selamat pengantin baru buat Ami Amirah yang baru melangsungkan majlis pernikahannya hari nie... faii nak share, cake deco yang simple  tempahan Mira untuk dijadikan hantaran... simple sahaja deconya... kek moist chocolate dengan deco fondant...
jom tgok gambar step by step yang sempat faii rakamkan sambil menyiapkan deco kek moist coklat nie...
peralatan yang digunakan
fondant buat warna pink, purple dalam kuantiti sebesar genggaman tangan
proses membuat bunga
mudah, terap dan tolak aje acuan nie
membuat ruang bulatan tengah bunga
tekan atas sponge dan angkat semula
angkat, dah terbentuk
buat dalam 100 kuntum bunga, faii on aircond supaya bunga fondant nie cepat mengeras sedikit 
guna berus khas untuk sapukan cecair CMC ke tengah bunga, baru letak manik gula
manik gula yang dah diletakkan pada bunga, ulang hingga semua bunga selesai
kuntuman bunga yang hendak di letak manik gula, yang purple pun buat 100 kuntum
proses meletak manik gula atas bunga purple pula
buat bunga besar sikit 5 kelopak dalam 15 kuntum
terap guna acuan, dan tolak dengan alat nie untuk keluarkan dari penerap
alatan dan acuan membuat bunga 5 kelopak
moist chocolate cake 1.5kg yang dah menyejuk ke suhu bilik
sapu dan ratakan chocolate ganache yang agak pekat menyeluruh pada kek,
masuk kek sebentar dalam 10 minit sahaja untuk topping mengeras sikit
fondant putih dibuat dalam bentuk lingkaran (coil)
guna rolling pin dan gelek fondant 
pastikan saiz fondant putih lebih besar dari kek, faii buat kek nie saiz 10" jadi
luas fondant yang digelek lebih besar
faii gelek fondant atas corak bunga, dan kemudian letak fondant atas kek,
pastikan tutup seluruh kek dengan kemas
kemaskan
gunakan fondant untuk buat dua tali bertingkat, lekatkan bunga 5 kelopak atasnya
guna CMC yang dah dibancuh untuk lekatkan kuntuman bunga atas fondant
gunakan CMC yang dah dibancuh untuk melekatkan kuntuman bunga atas fondant
kuntuman bunga yang dah dilekatkan
gunakan berus khas untuk sapukan pula cecair silver sheen atas fondant berwarna putih
cecair silver sheen untuk hasilkan efek berkilat pada fondant, (silky)
ini lah hasil dekorasi menggunakan fondant
semoga langkah demi langkah ini dapat mencetuskan idea sedikit sebanyak untuk anda mendeko kek! cubalah! 


lebihan kuntuman bunga boleh disimpan dalam peti sejuk, boleh digunakan lagi bila perlu

1 comment:

  1. Assalamualaikum.....cmc di ganti ngan coklat putih yg dibancuh...blh tak?

    ReplyDelete