Monday, 11 June 2012
rebus air ketam berdaun kunyit
ketam memang sedap untuk apa masakkan pun... faii suka masak rebus air ketam berdaun kunyit... tapi, tak boleh makan sangat sebab faii alergik hehee...
10 ekor ketam bunga dibuang insangnya, dibersihkan dan dibelah dua
3 helai daun kunyit dicuci, buang urat tengah daun dan disimpul
4 biji cili api dibuang tangkai
2 batang serai diketuk
5cm halia dihiris nipis
7 ulas bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
5 mangkuk air
3 sudu teh garam
2 sudu teh gula
Didihkan air dalam periuk sederhana besar. Masukkan air, bwg merah, bwg putih, serai, halia dan cili api. Biar menggelegak. Masukkan ketam, garam dan gula. Biar mendidih (kalau perlu ditambah air, tambah air panas utk tambah supnya). Sudah mendidih, ketam bertukar warna merah, masukkan simpulan daun kunyit. Biarkan mendidih hingga daun kunyit layu dan naik bau. Tutup api, angkat dan hidang.
Nota: Ketam semasa membersihkannya pastikan sepit, ketingnya di remukkan sedikit dengan lesung agar mudah bila hendak makan nanti. Kuantiti air yg digunakan bergantung pada saiz ketam dan byk mana sup yang dikehendaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment