Tuesday, 10 July 2012

cranberry butter loaf cake

rinduuuuu sbb dah lama tak dpt nak menjenguk blog atas kesibukan tugas harian... hari nie faii nak kongsi sama resepi cranberry butter loaf cake yang faii buat untuk dessert...


bahan
150g butter (faii guna anchor butter sbb salted)
90g marjerin planta
80g gula kastor 
4 biji telur gred A (kalau gred B boleh guna 5 biji)
1 sudu teh esen vanila
230g tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 sudu teh baking powder (walaupun guna tpg self raising, faii tambah gak nie sikit)
3 sudu besar susu tepung
1 cwn dried cranberries (gaul dgn 3 sudu besar tepung agar merata melekat pada cranberries, asal melekat ok la, lebihan tepung tak perlu masuk dalam kek)
dried cranberries
caranya
pukul butter, marjerin dan gula kastor hingga kembang (hingga putih).  masukkan telur satu persatu dan esen vanila sambil putar adunan hingga sebati. dengan kelajuan sederhana, masukkan pula tepung yang dah diayak dgn baking powder dan susu tepung sedikit sedikit hingga habis. dengan menggunakan senduk pula, masukkan dried cranberries dan gaul kaup merata adunan. Tuang adunan dalam tin pembakar roti  yg dah digris (segi empat panjang berbentuk loaf). untuk adunan nie, faii guna 2 tin pembakar sebab saiz yang faii ada agak kecil. dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 180C untuk 10 minit, turunkan suhu kepada 160c dan bakar adunan kek untuk 45minit atau sehingga masak.
cranberry butter loaf cake yang disejukkan atas cooling rack
cranberries dalam kek



selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment