Tuesday 10 July 2012

coffee mousse chocolate moist cake

kerja kerja... makan makan... atas permintaan rakan2 tersayang yang sibuk bermesyuarat... faii buatkan kek dengan bahan2 yang ada kat rumah aje... hmmm berusaha baking dalam kesibukan tugas! geng2... fat, raf, uma, syl, maz, amy, sad, sha... hope you all enjoy the cake!
coffee mousse chocolate moist cake

bahan untuk coffee mousse
2 biji kuning telur gred A
20g gula kastor
1 sudu teh serbuk gelatin halalgel
50ml air
50ml whipping cream
150g dark chocolate
1/2 sudu teh coffee paste (kalau untuk anak2 faii guna mocha paste 1 sudu teh)
atas api sederhana, cairkan gula dang kuning telur hingga sebati, masukkan air, bila mendidih masukkan serbuk gelatin. kacau sebati, masukkan pula whipping cream dan biar mendidih hingga serbuk gelatin larut. masukkan kepingan dark chocolate dan 1/2 sudu teh coffee paste (kalau untuk bebudak faii guna mocha paste) kacau hingga coklat cair dan sebati. tutup api dan biarkan menyejuk ke suhu bilik.

pukul 200g whipping cream hingga kembang membentuk, tuangkan adunan yang dah dimasak tadi dan putar hingga sebati membentuk soft peak.

untuk kek, faii gunakan kek moist chocolate kukus
1 cwn gula kastor
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu segar
1 cwn minyak sayuran (faii guna minyak jagung mazola)
1 cwn susu pekat
Masukkan semua dalam periuk dan panaskan guna api sederhana hingga semua cair.  tak perlu dididihkan, cukup sekadar semuanya cair sahaja... tutup api angkat dan ketepikan.

Sementara itu, panaskan periuk kukusan dan sediakan tin pembakar yang dah digriskan.  Panaskan tin pembakar dalam kukusan sebelum digunakan.

B
4 biji telur gred A
3/4 cwn tpg gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda
Ayak tpg sekali dgn baking powder dan bikarbonat soda.
Putar telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Masukkan sedikit demi sedikit campuran tpg tadi hingga habis.

Campurkan adunan A ke dalam adunan B.  Gaul sebati.
Tuangkan dalam tin pembakar dan kukus selama 35 hingga 45 minit. Boleh cucuk dengan cake tester, kalau licin cake tester, maka, siap dah masak kek nya!

bila kek dah sejuk, belah kek kepada dua bahagian lapisan.
sapu dan ratakan coffee mousse ke atas kek, tebal mousse lebih kurang 1.5cm atau lebih ikut suka. dah merata, tutup dengan satu bahagian lapisan kek tadi. masukkan dulu dalam peti sejuk untuk 10 minit bagi mousse keras sikit.
kemudian boleh curahkan melted chocolate topping di atas kek sebelum dihidangkan.
lapisan coffee mousse disapu rata dan kemudian simpan dulu dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit
close up lapisan coffee mousse
curahkan melted chocolate atas kek

No comments:

Post a Comment