Sunday, 17 June 2012

chocolate chip cookies

"mak hari nie buatkan cookies nak celup ngan susu nanti"... untuk minum petang... faii buatkan chocolate chip cookies untuk anak2 dan pisang tanduk goreng... anak2 sibuk mencelup cookies dalam fresh milk... hubby pula, faii buatkan teh tarik favorite dia...
chocolate chip cookies untuk anak-anak... tapi ayahnya makan sama juga hehee
pisang tanduk goreng untuk hubby... anak2 tak hendak pula sebab leka celup cookies dalam susu!
untuk chocolate chip cookies
1 cwn butter
1 cwn shortening
2 cwn brown sugar
4 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila
4 ½  cwn tepung superfine (atau boleh guna tpg all purpose)
2 sudu teh serbuk penaik
1 ½ sudu teh garam
2 cwn chocolate chip


putar butter, shortening dan gula hingga kembang. masukkan telur dan esen vanila, putar hingga sebati. Sudukan sedikit demi sedikit tepung yg diayak bersama serbuk penaik ke dlm adunan yg diputar. masukkan garam. gaul sebati.  masukkan chocolate chip dan dengan menggunakan senduk, gaul adunan agar chocolate chip sebati dan merata.


panaskan dahulu oven pada 180c untuk 10 minit.  gunakan piping bag dan coupler sahaja... nozzle faii tak perlukan, pipe kan adunan ke atas tin pembakar yang dah digris dan dialas dengan baking paper. kemudian bakar cookies dalam oven dengan suhu 220c untuk 10 hingga 12 minit.


gambar yang faii rakamkan semasa membuat chocolate chip cookies...


memutar adunan
menggaul adunan 
gaul sebati
gaul chocolate chips
ruang faii buat baking... siap ngan baking tray dah
hanya guna coupler sahaja
pipe adunan atas baking paper
bakar dalam oven
siap dibakar
sejukkan cookies atas cooling board
chocolate chip cookies
sebahagian sedang disejukkan atas cooling board.... yang dah betul2 sejuk
boleh simpan dalam balang kedap udara...

No comments:

Post a Comment