Wednesday, 20 June 2012

kek sponge coklat

"nak kek letak nie!" sambil dihulurkan pada faii satu bekas sugar sprinkler... laaaa rupa rupanya masa faii ambik baking tin, anak bongsu faii pula sibuk memilih sugar sprinkler... hehee layan aje laa budak dua tahun setengah nak kek...


kek sponge coklat yang mudah untuk dessert malam nie... sambil buat kek untuk abah faii, sambil buatkan sebiji lagi kek utk famili faii...




500g sponge cake mix
125ml susu segar
125 ml minyak jagung mazolla
6 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanilla


putarkan sponge cake mix dengan telur hingga sebati.  masukkan susu segar dan esen vanilla, putar sehingga kembang. masukkan minyak jagung mazolla, putar sebentar sahaja asalkan sebati.  tuangkan adunan ke dalam baking tin yang dah di gris.  bakar pada suhu 170C untuk 45 minit.


untuk topping
200ml whipping cream, pukul hingga kembang
sedikit sugar sprinkler


pipekan atas kek sahaja whipping cream dan taburkan sugar sprinkler. dah mudah dan ringkas aje kan? :)





No comments:

Post a Comment