Wednesday, 30 May 2012

kek coklat moist... moist chocolate cake




kaedah mengukus untuk menyediakan kek coklat moist nie sangat mudah dan kek nya pun lembut dan moist eh lembap... hehee pelik gak bunyi nya bila sebut dalam bahasa melayu! tapi... jom kita lihat resepinya...

1 cwn gula kastor
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu segar
1 cwn minyak sayuran (faii guna minyak jagung mazola)
1 cwn susu pekat
Masukkan semua dalam periuk dan panaskan guna api sederhana hingga semua cair.  tak perlu dididihkan, cukup sekadar semuanya cair sahaja... tutup api angkat dan ketepikan.

Sementara itu, panaskan periuk kukusan dan sediakan tin pembakar yang dah digriskan.  Panaskan tin pembakar dalam kukusan sebelum digunakan.


B
4 biji telur gred A
3/4 cwn tpg gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda
Ayak tpg sekali dgn baking powder dan bikarbonat soda.
Putar telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Masukkan sedikit demi sedikit campuran tpg tadi hingga habis.


Campurkan adunan A ke dalam adunan B.  Gaul sebati.
Tuangkan dalam tin pembakar dan kukus selama 35 hingga 45 minit. Boleh cucuk dengan cake tester, kalau licin cake tester, maka, siap dah masak kek nya!


Chocolate ganache
300g whipping cream
600g kepingan coklat masakan (dihiris menjadi kepingan kecil)
1 sudu bsr mentega
1/2 cwn susu pekat
Panaskan whipping cream sampai mula mendidih. Angkat dan tuang dlm bekas yang ada hirisan kepingan coklat masakan.  Masukkan mentega dan susu pekat. Gaul sebati.
Kaedah double boiling boleh digunakan untuk membuat coklat ganache ini.



Pastikan kek telah menyejuk pada suhu bilik baru tuang dan ratakan coklat ganache atas kek.... hidang dan makan!


kek coklat moist



curah coklat ganache di tengah2 ruang kosong kek dan seluruh kek...
bila dipotong... hmm bayangkan!

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment