"Happy Birthday Qimi!!!"...
Bahan-bahan:
120g tepung superfine
1 sudu teh baking powder
100g gula kastor
60g mentega
1 sudu teh esen vanila
5 biji telur gred A
250g blueberry conserve (whole berry)
300g whipping cream
Caranya:
Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur persatu dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla kemudian diikuti dengan tepung yang dah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga sebati. Bakar dalam oven dengan suhu 170 untuk 30 minit.
Membuat kek blueberry.
Kek span yang telah siap dan menyejuk ke suhu bilik dibelah kepada 2 bahagian. pukul whipping krim hingga kembang dan membentuk soft peak. Masukkan dalam piping bag dengan guna nozzle polos (bulat), pipe kan keliling atas lapisan kek yang pertama. Kemudian, sudukan blueberry conserve di tengah tengah dan ratakan. Ambil lapisan kek yang satu lagi dan letak di atas kek. Lebihan whipping cream tadi sapu rata keseluruh kek. Boleh tambah hiasan ikut keinginan masing masing ya.
faii nak ambil gambar step by step semasa buat kek besday qimi nie, tapi nak segera siapkan ikut masa tempahan nak diambil... tak sempat nak snap langkah2 dekorasinya... bagaimanapun gambar kek yang dah siap nie... boleh menjadi pencetus idea utk semua ya!
No comments:
Post a Comment