Sunday, 12 August 2012

vanilla rainbow smarties cake

minggu nie faii sibuk menanda kertas pra penilaian pmr... trial exam maths selesai hari khamis... terus mula menanda kertas... beberapa hari tak berkesempatan nak singgah kat blog...
hari nie anak perempuan faii minta kek rainbow... sambil masak juadah berbuka, sambil buat kek, yang sulung pula minta makaroni bakar... ikut kan aje laa selera anak2 hujung minggu nie... dah ramai yang buat pun kek rainbow nie, di sini faii sekadar nak berkongsi deko kek nie buat tatapan pengunjung blog luvbakingcooking nie ya... bila faii buat kek dan mendeko, faii rasa seronok dan dapat merehatkan minda dari stres kerja :)


kek rainbow nie faii gunakan resepi kek sponge dan guna fresh cream. resepi vanilla sponge cake nie yang sama macam vanilla cranberry cake, cuma faii buat kali nie tak letak cranberry laa, kosong aje... 

adunan kek di bahagikan kepada 6 bahagian sama banyak. faii timbang setiap adunan 150g setiap satu dan bakar dalam tin pembakar 8" dengan suhu 170C untuk 17 minit.  ulang hingga semua lapisan kek berbeza warna selesai di bakar. ini laa 6 warna yang faii gunakan...
red red, electric orange, electric yellow, electric green, sky blue dan violet
biarkan semua kek sejuk ke suhu bilik. 

inilah kek kek yang dah masak... dari atas, violet, electric orange, electric yellow...
di bawah pula sky blue, red red, electric green...
untuk menyediakan fresh cream, putarkan 500g whipping cream hingga kembang dan terbentuk soft peak... bahagi kepada 6 bahagian... warna putih lebihkan... sebahagian yang lain untuk warna merah, kuning, hijau, biru dan ungu... 

sapu rata setiap lapisan dengan fresh cream. kemudian sapu rata seluruh kek.

kemudian sediakan piping bags untuk setiap satu warna fresh cream untuk deko macam nie... faii tak guna apa2 nozzle sekadar gunting sikit aje bahagian hujung piping bag nie...

... dan boleh mulakan mendeko... satu lapisan demi lapisan hingga selesai...

seterusnya taburkan coklat m&m atas kek...

dan boleh dihidangkan... untuk dessert berbuka puasa nie tadi... anak2 menikmati kek pelangi yang diorang nak sangat nie... dapat juga bagi sebahagian kepada jiran sebelah...





selamat mencuba ya! 

Wednesday, 8 August 2012

samperit vanilla

terpandang wall kak Rahayu Samsu, memang sangat meriah dengan semperit... 3 rasa berbeza beza... faii pilih resepi semperit vanila kak Rahayu Samsu nya... terima kasih kak Rahayu... memang lembut dan sedap. tak berapa manis... dapat 2 balang tapi dah tinggal setengah aje sbb anak2 suka sangat... nampaknya kena buat lagi sebelum raya nie... 
bahan
400g mentega
150g gula aising diayak
220g tepung kastard diayak
220g tepung jagung diayak
240g tepung gandum diayak
2 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
ceri  hijau untuk hiasan

caranya
putar mentega dan gula aising hingga sebati. masukkan kuning telur, esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.



kemudian, tukar bilah pemutar kepada pengadun (uli). masukkan pula tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis sambil adunan diputar.



adunan ini dimasukkan ke dalam piping bag dengan nozzle yang disukai, faii guna nozzle untuk membentuk cengkerang. paipkan adunan ke atas dulang pembakar yang dah dialas dengan baking paper dan dah digriskan dengan marjerin. hiaskan dengan hirisan ceri.  panaskan dahulu ketuhar untuk 10 minit.  bakar dengan suhu 175C selama 17 minit.






biarkan sejuk baru susun dalam bekas kedap udara



Tuesday, 7 August 2012

biskut coklat mocha

sementara anak faii buat biskut kristal dia, faii pula menyiapkan adunan biskut coklat mocha nie... resepi pun daripada majalah Saji...
bahan
210g mentega
60g gula aising
1 sudu teh mocha liquid
1/4 sudu teh garam
putar semua bahan hingga kembang. 


bahan yang dah diputar hingga kembang
tukar kepada penguli adunan 
kemudian masukkan bahan berikut sedikit demi sedikit..
ayak sekali
220g tepung gandum
50g tepung jagung
20g tepung kentang
2 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
bila adunan dah terbentuk menjadi doh, masukkan 50g coklat urai ke dalam adunan dan uli sebati.



masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle yang disukai. pipe adunan ke atas tin pembakar yang dah dilapik dengan baking paper dan digriskan dengan marjerin. letak coklat chip putih atasnya.  bakar dengan suhu 160C selama 17 minit.

sedia untuk dibakar
biskut yang dah masak



biskut bintang kristal

anak perempuan faii yang 7 tahun nie sibuk nak buat biskut raya dia sendiri... habis majalah faii dikirainya... last last dia bagi faii resepi yang dia salin dari majalah Saji... biskut kristal... tengok2 resepi yang disalin tu... betul ke bahannya 3 aje??? beriya iya dia kata betul apa yang disalin... faii check resepi dalam majalah Saji, betul 3 bahan aje...

faii pun tolong laaa dia adun dan warnakan... dia terap bentuk bintang biskut kristal nie... cuma bakar aje faii tolong... yang lain faii biarkan dia berusaha buat sendiri... habis gula kastor bertaburan, tapi, biarkan ajelah dah dia minat.... jom tengok resepi biskut kristal bintang yang sangat mudah dan ringkas nie...
bahan
125g tepung gandum
40g gula kastor
60g minyak sapi
sedikit gula kastor untuk hiasan
3 jenis pewarna kesukaan

caranya
gaul semua bahan dan uli hingga adunan.  bahagikan kepada 3 adunan ini dan warnakan setiap satu.





sediakan tin pembakar yang disapu dengan marjerin dan dialas dengan baking paper.  kemudian, ambil sedikit doh daripada setiap warna, susun, potong (anak faii guna pisau plastik kek aje) dan terap dengan acuan bentuk bintang. susun atas tin pembakar, dan bakar dengan suhu 175C selama 17 minit.





bila dah masak, biarkan sejuk ke suhu bilik, gaulkan dengan gula kastor nipis nipis aje dan susun dalam balang kedap udara.



mudah aje biskut nie. terima kasih Saji! seronok anak faii sebab dia dapat buat biskut yang dia namakan "biskut star liyya"...