Tuesday, 31 July 2012

crunchy crabstick

memang dah lama nak membuat crunchy crabstik nie... dari hari ke hari nak buat... terima kasih pada kak uteh kamilia dan kak azua sebab nampak akak2 buat laa faii teringin nak buat nie, hari nie, balik keja rehat jap... masuk dapur terus menyediakan crabstik nie dulu... kena hiris nipis nipis...
bahan
sepeket crabstick dihiris nipis panjang panjang
masukkan
1/3 sudu teh garam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh serbuk paprika
2 tangkai daun kari
gaul semua sebati dan merata



panaskan minyak dan goreng garing. toskan atas kitchen tisu dan bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.





kalau suka pedas boleh lebihkan serbuk paprika. tapi faii ada anak kecil jadi tak boleh buat  crunchy crabstick nie pedas. anak2 suka makan nie. 

sotong goreng cili api belacan

dah lama tak buat... sotong goreng cili api belacan! suka anak2...


bahan
10 ekor sotong dibersihkan, tos dan sumbatkan kepala ke dalam sotong
5 biji bawang merah di tumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
2 cm belacan dihancurkan 
4 biji cili padi ditumbuk
1 biji bawang besar di hiris bulat
3 tangkai daun bawang dihiris serong
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
minyak untuk menumis


cara
tumis bawang dan kemudian masukkan cili api. kacau biar cili agak garing. masukkan belacan, garam dan gula, kacau rata. masukkan bawang besar dan gaul sebati. masukkan sotong satu persatu dan biarkan sotong mengecut masak. sotong akan mengeluarkan air dan bila air hampir kering, masukkan daun bawang hiris tadi dan gaul rata. biar sebentar. tutup api, dan sedia untuk dihidangkan.


ini gambar2 yang sempat faii rakamkan...






sambal binjai

balik muar... beli buah pisang, buah durian, buah cempedak dan paling best buah binjai. buah yang tak pernah faii tengok sebelum nie tapi mak kata buat sambal sedap. jadi faii beli laa untuk faii 2 biji buah binjai, satu separa masak dan satu memang dah masak buahnya. yang masak betul rasanya masam dan separa masak manissssss... jadi faii gabungkan dua2 nya buat sambal nie... ala ala salsa melayu hehee
bahan
2 biji buah binjai di kupas, dicuci dan dipotong dadu kecil kecil
2 cm belacan dibakar dan ditumbuk (faii guna belacan putih goreng aje kejap)
4 biji cili api dihiris nipis
1 biji bawang besar dipotong dadu kecil kecil
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 tangkai daun sup dihiris nipis
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1/2 biji tomato dibuah tengah bijinya dan dipotong dadu (elak berair)
gaul semua bahan satu persatu dan hidangkan. mudah aje! faii makan letak atas pappadum yang bulat tu... memang best! 

nie laa rupa buah binjai







Monday, 30 July 2012

kek keju durian

beli durian hujung minggu kat muar, on the way balik seremban... anak sulung minta faii buatkan cheesecake durian... masalahnya... faii kena olah sendiri resepi ikut kesesuaian rasa durian nie... alhamdulillah, hasilnya baik (dah niat untuk penuhi kehendak anak)... cheesecake durian nie tak boleh masam sebab kalau tak rasa tempoyak! hahahaa apa2 pun alhamdulillah, hasilnya lemak manis... cuba lah!


bahan
sebungkus biskut tiger
100g butter dicairkan
hancurkan biskut kemudian tuangkan butter cair ke dalamnya dan gaul adunan. adunan yang terbentuk di masukkan ke dalam acuan dan padatkan adunan untuk membentuk biskut dasar bagi cheesecake ini. masukkan dalam peti sejuk untuk 10 minit. 







larutan gelatin
1 cwn air dididihkan
2 sudu besar serbuk gelatin halalgel
masukkan serbuk gelatin ke dalam air yang mendidih. biarkan larut dan mengembang sepenuhnya. tutup api dan ketepikan.



filling keju
270g tatura cream cheese 
1/3 cwn gula kastor
1 cwn susu segar
1 bekas yogurt asli 150g 
300g whipping cream
1/2 cwn isi durian (isi durian diambil dan biji dibuang)
putak cream cream dengan gula kastor hingga kembang sepenuhnya. masukkan  susu segar, yogurt asli dan whipping cream. putar hingga kembang. seterusnya tuangkan larutan gelatin dan putar hingga sebati. setelah itu, masukkan isi durian dan putar sebentar sahaja lebih kurang 7 saat sahaja asal isi durian sebati merata dalam adunan.
tuangkan adunan ke dalam acuan yang dah ada biskut dasar. sejukkan kek dalam peti ais   semalaman. hari nie baru toppingkan.










topping durian
1/2 cwn isi durian
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan 2 sudu besar air0
1/2 sudu teh garam
1/2 cwn susu segar
setitik pewarna electric yellow
masukkan susu segar, garam dan isi durian dalam periuk. dgn api sederhana, kacau sebati adunan. titiskan setitik pewarna kuning electric yellow. kemudian, masukkan larutan tepung jagung. kacau hingga pekat dan tutup api. biar menyejuk.




penyediaan kek keju durian
keluarkan kek keju dari dalam peti sejuk. ratakan topping durian ke atas kek. masukkan semula kek untu 30 minit dalam peti sejuk. sedia untuk dihidangkan. cubalah!




Sunday, 29 July 2012

makaroni bakar ayam

bila faii buat ayam goreng berempah, bahagian yang selalu anak2 ngan hubby tinggalkan tak bercuit adalah bahagian dada ayam... kenapa ya? mungkin struktur daging bahagian dada yang padat tak digemari... daripada membazir, faii gunakan buat makaroni bakar... hehee dan makan pulak tu bila dijadikan rencah dalam makaroni :) kalau tak, semua kata tak makan dada ayam...
bahan
350g makaroni (faii guna jenis plain tube), rebus hingga empuk dan toskan
2 ketul dada ayam goreng si koyak nipis nipis
7 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bwg putih ditumbuk
1/2 sudu besar cili boh
2 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan air suam
1 tin susu cair ideal
2 sudu teh garam
1/2 cawan air
sebatang lobak merah dipotong dadu kecil kecil
1 cawan jagung
5 biji cendawan butang dihiris nipis
setangkai daun sup dihiris 
2 tangkai daun bawang dihiris
4 biji telur
minyak untuk menumis

caranya
panaskan dahulu ketuhar pada 180C untuk 15 minit.
tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. masukkan cili boh dan tumis hingga garing, masukkan pula bancuhan kari dan kacau hingga naik bau dan agak kering. masukkan pula potongan lobak merah dan cendawan. gaul rata.  daging ayam yang dah dikoyakkan, dimasukkan dan gaul merata. biar sebentar agar rempah diserap oleh isi ayam. 
kemudian masukkan jagung, garam, susu dan air, gaul sebati. bila dah sebati terus masukkan makaroni yang dah ditoskan tadi dan gaul rata. seterusnya tutup api dan gaulkan pula daun bawang dan daun sup dalam makaroni.  masukkan adunan makaroni ke dalam tin pembakar yang dah di gris dengan minyak masak. tuang pula bancuhan telur ke atas makaroni dan terus taburkan bawang goreng diatasnya. 
bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C untuk 40 minit.

bila dah masak, biarkan sejuk dahulu. kemudian boleh dipotong dan dinikmati ya!

berikut adalah gambar2 yang sempat faii rakamkan semasa menyediakan makaroni bakar nie...