bahan
sebungkus biskut tiger
100g butter dicairkan
hancurkan biskut kemudian tuangkan butter cair ke dalamnya dan gaul adunan. adunan yang terbentuk di masukkan ke dalam acuan dan padatkan adunan untuk membentuk biskut dasar bagi cheesecake ini. masukkan dalam peti sejuk untuk 10 minit.
larutan gelatin
1 cwn air dididihkan
2 sudu besar serbuk gelatin halalgel
masukkan serbuk gelatin ke dalam air yang mendidih. biarkan larut dan mengembang sepenuhnya. tutup api dan ketepikan.
filling keju
270g tatura cream cheese
1/3 cwn gula kastor
1 cwn susu segar
1 bekas yogurt asli 150g
300g whipping cream
1/2 cwn isi durian (isi durian diambil dan biji dibuang)
putak cream cream dengan gula kastor hingga kembang sepenuhnya. masukkan susu segar, yogurt asli dan whipping cream. putar hingga kembang. seterusnya tuangkan larutan gelatin dan putar hingga sebati. setelah itu, masukkan isi durian dan putar sebentar sahaja lebih kurang 7 saat sahaja asal isi durian sebati merata dalam adunan.
tuangkan adunan ke dalam acuan yang dah ada biskut dasar. sejukkan kek dalam peti ais semalaman. hari nie baru toppingkan.
topping durian
1/2 cwn isi durian
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan 2 sudu besar air0
1/2 sudu teh garam
1/2 cwn susu segar
setitik pewarna electric yellow
masukkan susu segar, garam dan isi durian dalam periuk. dgn api sederhana, kacau sebati adunan. titiskan setitik pewarna kuning electric yellow. kemudian, masukkan larutan tepung jagung. kacau hingga pekat dan tutup api. biar menyejuk.
keluarkan kek keju dari dalam peti sejuk. ratakan topping durian ke atas kek. masukkan semula kek untu 30 minit dalam peti sejuk. sedia untuk dihidangkan. cubalah!
No comments:
Post a Comment