Saturday, 25 August 2012

kue teow bakso

masakan yang ringkas buat tetamu di hari raya... mee bandung dan kue teow bakso. kali nie faii nak share cara mudah membuat kue teow bakso. 
bahan
2 paket bebola daging (satu paket ada 30 biji), cuci dan toskan
10 biji bawang putih di ketuk
2 inci halia dihiris nipis
sebatang serai diketuk
10 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 bunjut sup
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
2 kiub pati daging lembu
4 liter air
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
satukan semua bahan dalam periuk sederhana besar, dengan api sederhana kecil, masak sehingga sup mendidih dan bebola masak. tutup api. sendukkan ke dalam mangkuk hidang, taburkan daun bawang dan daun sup ke dalam sup bakso.






bahan untuk hidangan
daun sup dihiris
daun bawang dihiris
sos tomato
bawang goreng
1kg kue teow dicuci, tos dan dicelur. setelah dicelur, toskan airnya.

penyediaan kicap
10 biji cili api
2 ulas bawang putih
sesudu teh garam
1/2 cawan kicap manis
3 biji limau kasturi diperah ambil jus sahaja
tumbuk bawang putih dan cili api hingga lumat. letak dalam mangkuk, masukkan garam, kicap manis dan jus perahan limau kasturi. kacau sebati. sedia untuk dihidangkan.

penyediaan hidangan
letak kue teow yang dah dicelur ke dalam mangkuk, sendukkan sup bakso dan bebola daging. taburkan diatasnya hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. sudukan sedikit kicap cili api dan sedikit sos tomato. sedia untuk dinikmati. mudah dan ringkas sahaja. 


Saturday, 18 August 2012

daging masak lengkuas gula nau

macam2 juadah disediakan sempena menyambut 1 syawal... faii nak share masakan yang digemari oleh keluarga faii... mudah aje menyediakannya... untuk hari pertama, faii masak sikit aje... hari raya ke 3, faii masak lebih lagi sebab saudara mara datang... daging masak lengkuas gula nau... 
bahan
500g daging batang pinang dipotong hiris nipis
7 inci lengkuas (faii guna banyak) dihiris nipis agar mudah dikisar halus nanti
15 biji bawang merah
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh aje ditambah kuantitinya)
2 batang serai dihiris
1 batang serai saiz besar diketuk
2 inci kunyit dihiris
1 sudu besar serbuk ketumbar
5 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar gula nau (faii hiris gula nau)
2 sudu teh garam (ikut citarasa)
1/2 cawan minyak masak (semasa memasak boleh ditambah lagi jika perlu)

caranya
kisar halus bahan yang dihiris, lengkuas, serai, kunyit, bawang merah, cili api. dalam kuali besar masukkan hirisan daging, curahkan atasnya bahan kisar, masukkan sekali gula nau, garam, serai yang diketuk, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan curahkan minyak. dengan api sederhana besar, gaul rata semua bahan dan biarkan menggelegak. masakan nie faii lebihkan serbuk jintan putih. faii tambah 2 sudu lagi serbuk jintan putih semasa ianya tengah menggelegak. tambah sedikit minyak masak lagi dan kacau sekali sekala hingga kering. 

hirisan gula nau
semua bahan disatukan dalam kuali
daging mengeluarkan air dan menggelegak
masak hingga kering
ini laa daging masak lengkuas gula nau


Friday, 17 August 2012

vanilla strawberry cream cake

vanilla strawberry cream cake... satu lagi kek untuk tengku mastura... tempahan raya... terima ksih tengku...

untuk resepi kek span, sama seperti kek span untuk blueberry... cuma filling nya sahaja yang faii tukar kepada buah strawberry segar... untuk resepi klik perkataan berwarna nie... resepi kek span

untuk filling kek
300g whipping cream diputar hingga kembang untuk menyediakan fresh cream
20 biji buah strawberry dibersihkan dan dipotong kiub kecil kecil
gaulkan potongan buah strawberry dengan fresh cream

bahagi kek kepada 3 bahagian lapisan. atas lapisan pertama, sapu dan ratakan filling strawberry yang dah dibuat tadi. letakkan lapisan kedua kek ke atasnya.


sapu dan ratakan lagi di atas lapisan kedua filling buah strawberry. kemudian, letakkan lapisan ketiga di atasnya. sapukan lebihan fresh krim ke seluruh permukaan kek dan tutup kek dengan lapisan fondant berwarna putih.



seterusnya, faii mendeko kek ini menggunakan bunga ros dan daun fondant. 
klik perkataan berwarna deko bunga ros fondant untuk cara membuatnya.
berikut adalah gambar yang sempat faii rakamkan semasa mendeko kek ini...
faii aturkan dan lekatkan menggunakan larutan CMC kuntuman bunga ros dan daun di atas kek
faii tambah 3 kudup bunga ros dihujung susunan
sekuntum bunga dan 2 kudup bunga faii lekatkan di dasar kek
dengan menggunakan berus untuk baking, faii sapukan larutan pearl sheen ke atas
lilitan tali untuk kesan berkilat
pearl sheen juga faii sapukan pada kuntuman bunga dan daun
faii sapukan hanya pada lilitan permukaan kek bahagian atas sahaja

ini lah hasilnya

rainbow smarties cake... lagi...

tempahan tunku mastura untuk raya... rainbow cake... thank you tunku... 
resepi kek boleh klik perkataan berwarna nie ya rainbow smarties cake...

kali nie faii guna tin pembakar saiz 9" dan setiap berat adunan lapisan kek semasa dibakar ialah 200g. 







blueberry cake... fresh berry deco

hari Jumaat sebelum raya, sempat faii buatkan juga untuk tempahan kak Monarisa kek blueberry nie... harap kak Mona suka ya, terima kasih... simple aje deko nya tapi banyakkk berries nya... fresh blueberries for kak Mona...
resepi kek blueberry nie sama macam blueberry cake yang biasa faii buat, cuma kali nie dekonya faii lebih guna fresh cream... dan ada satu lapisan nipis kek berwarna ungu di bahagian tengah vanilla kek...

penyediaan fresh cream
400ml whipping cream faii putar hingga kembang
masukkan ke dalam piping bag dan guna nozzle untuk paipkan fresh cream atas kek...

berikut beberapa gambar yang faii rakam semasa menyediakan kek nie...
kepingan bunga fondant berwarna ungu
bunga fondant yang telah siap
potong beberapa hirisan nipis panjang sebagai tangkai bunga dan daun
sebiji kek span vanilla di potong kepada 2 bahagian dan satu kek nipis berwarna ungu
atas lapisan kek span vanilla yang pertama, paipkan fresh cream dan atur buah blueberry
paipkan pula blueberry filling
letak lapisan kek nipis berwarna ungu, dan paipkan lagi lapisan fresh cream, atur buah blueberry dan paipkan blueberry filling dan tutup dengan satu lagi lapisan kek
sapu dan ratakan baki fresh cream ke seluruh kek. paipkan keliling permukaan kek.
tuang dan ratakan blueberry filling atas permukaan kek dan taburkan buah blueberry di atasnya
hiaskan dengan bunga fondant, tangkai dan daun
inilah hasilnya... ringkas sahaja...

Wednesday, 15 August 2012

blueberry cake... yellow deco 2

yang ini pula kek blueberry yang kedua faii deko untuk encik zulkifli... resepinya seperti di blueberry cake... yellow deco 1, faii buat 2 biji kek daripada satu bancuhan adunan, satu kek untuk encik hairul satu kek untuk encik zulkifli.

kaedah penyediaan lapisan kek sama deko sahaja berbeza sedikit... jom lihat deko kek yang kedua nie...













selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua muslim... maaf zahir batin dari faii jua.