Wednesday 15 August 2012

blueberry cake... yellow deco 1

hari terakhir sebelum cuti hari raya iaitu hari rabu, sempat faii siapkan 2 biji kek blueberry yang ditempah oleh encik hairul dan encik zulkifli... di sini faii nak berkongsi dekorasi kek nie... resepi blueberry kek faii dah pernah upload, klik aje perkataan berwarna nie blueberry cake, pasti akan terus ke link resepi blueberry cake... atau di sini faii taipkan cara mudah untuk menyediakan blueberry cake...

bahan
500g tepung sponge mix
5 biji telur gred A
125ml air
125ml minyak jagung mazola
1 sudu teh esen vanilla
putar dengan kelajuan tinggi tepung dgn telur untuk 3 minit , masukkan air, esen vanilla dan putar lagi hingga sebati dan kembang lebih kurang 5 minit. kemudian masukkan minyak, putar sekadar cukup sebati aje. bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk di bakar dalam 2 tin pembakar saiz 9" .  faii timbang setiap adunan supaya berat untuk setiap tin pembakar 500g. bakar dengan suhu 175C selama 35 minit.

untuk filling
300g blueberry filling dimasukkan ke dalam piping bag
penyediaan fresh cream
300g whipping cream diputar hingga kembang dan terbentuk soft peak, masukkan dalam piping bag dengan nozzle bintang pecah lapan
300g buah blueberry segar

untuk penyediaan kek
bahagi kek kepada 2 bahagian lapisan. paipkan fresh cream keliling lapisan kek dan di bahagian tengah kek. aturkan buah blueberry segar dan kemudian paipkan blueberry filling. tangkupkan satu lagi bahagian lapisan kek tadi diatasnya. sapukan seluruh kek dengan fresh cream dan tutup dengan lapisan fondant berwarna putih.









mendeko kek
sementara menunggu kek masak, faii buat bunga fondant berwarna kuning yang digunakan untuk mendeko kek blueberry nie...


kuntuman bunga saiz kecil
kuntuman bunga saiz besar

kuntuman bunga besar dan kecil digabungkan

buat bebola kecil 
faii telangkupkan kuntuman bunga agar bentuknya kekal, biarkan mengeras sedikit...
faii biarkan kena aircond

buat bebola kecil warna putih ikut bilangan kuntuman bunga dan
lekatkan dengan menggunakan larutan CMC di bahagian tengah bunga

teruskan mendeko kek dengan susun aturkan bunga2 dan daun2 fondant yang dah dibuat.   lekatkan kepingan fondant menggunakan larutan CMC.






inilah hasil deko yang simple untuk kek blueberry




No comments:

Post a Comment