Saturday, 25 August 2012

kue teow bakso

masakan yang ringkas buat tetamu di hari raya... mee bandung dan kue teow bakso. kali nie faii nak share cara mudah membuat kue teow bakso. 
bahan
2 paket bebola daging (satu paket ada 30 biji), cuci dan toskan
10 biji bawang putih di ketuk
2 inci halia dihiris nipis
sebatang serai diketuk
10 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 bunjut sup
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
2 kiub pati daging lembu
4 liter air
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
satukan semua bahan dalam periuk sederhana besar, dengan api sederhana kecil, masak sehingga sup mendidih dan bebola masak. tutup api. sendukkan ke dalam mangkuk hidang, taburkan daun bawang dan daun sup ke dalam sup bakso.






bahan untuk hidangan
daun sup dihiris
daun bawang dihiris
sos tomato
bawang goreng
1kg kue teow dicuci, tos dan dicelur. setelah dicelur, toskan airnya.

penyediaan kicap
10 biji cili api
2 ulas bawang putih
sesudu teh garam
1/2 cawan kicap manis
3 biji limau kasturi diperah ambil jus sahaja
tumbuk bawang putih dan cili api hingga lumat. letak dalam mangkuk, masukkan garam, kicap manis dan jus perahan limau kasturi. kacau sebati. sedia untuk dihidangkan.

penyediaan hidangan
letak kue teow yang dah dicelur ke dalam mangkuk, sendukkan sup bakso dan bebola daging. taburkan diatasnya hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. sudukan sedikit kicap cili api dan sedikit sos tomato. sedia untuk dinikmati. mudah dan ringkas sahaja. 


No comments:

Post a Comment