Sunday 12 August 2012

vanilla rainbow smarties cake

minggu nie faii sibuk menanda kertas pra penilaian pmr... trial exam maths selesai hari khamis... terus mula menanda kertas... beberapa hari tak berkesempatan nak singgah kat blog...
hari nie anak perempuan faii minta kek rainbow... sambil masak juadah berbuka, sambil buat kek, yang sulung pula minta makaroni bakar... ikut kan aje laa selera anak2 hujung minggu nie... dah ramai yang buat pun kek rainbow nie, di sini faii sekadar nak berkongsi deko kek nie buat tatapan pengunjung blog luvbakingcooking nie ya... bila faii buat kek dan mendeko, faii rasa seronok dan dapat merehatkan minda dari stres kerja :)


kek rainbow nie faii gunakan resepi kek sponge dan guna fresh cream. resepi vanilla sponge cake nie yang sama macam vanilla cranberry cake, cuma faii buat kali nie tak letak cranberry laa, kosong aje... 

adunan kek di bahagikan kepada 6 bahagian sama banyak. faii timbang setiap adunan 150g setiap satu dan bakar dalam tin pembakar 8" dengan suhu 170C untuk 17 minit.  ulang hingga semua lapisan kek berbeza warna selesai di bakar. ini laa 6 warna yang faii gunakan...
red red, electric orange, electric yellow, electric green, sky blue dan violet
biarkan semua kek sejuk ke suhu bilik. 

inilah kek kek yang dah masak... dari atas, violet, electric orange, electric yellow...
di bawah pula sky blue, red red, electric green...
untuk menyediakan fresh cream, putarkan 500g whipping cream hingga kembang dan terbentuk soft peak... bahagi kepada 6 bahagian... warna putih lebihkan... sebahagian yang lain untuk warna merah, kuning, hijau, biru dan ungu... 

sapu rata setiap lapisan dengan fresh cream. kemudian sapu rata seluruh kek.

kemudian sediakan piping bags untuk setiap satu warna fresh cream untuk deko macam nie... faii tak guna apa2 nozzle sekadar gunting sikit aje bahagian hujung piping bag nie...

... dan boleh mulakan mendeko... satu lapisan demi lapisan hingga selesai...

seterusnya taburkan coklat m&m atas kek...

dan boleh dihidangkan... untuk dessert berbuka puasa nie tadi... anak2 menikmati kek pelangi yang diorang nak sangat nie... dapat juga bagi sebahagian kepada jiran sebelah...





selamat mencuba ya! 

3 comments: