Friday 27 July 2012

vanilla cranberry cake

kak nazlina tempah kek katanya apa2 kek aje laa untuk besday hubby dia... ini laa hasilnya. harap kak nazlina suka ya kak... tima ksih kak...
kali nie faii kena cepat sbb masa untuk menyiapkannya terhad, so guna bahan yang mudah aje
bahan
500g tpg sponge mix
6 biji telur gred A
125ml air
125ml minyak jagung mazola
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh perisa strawberry
1/2 sudu teh perisa sunkist
1/2 cwn dried cranberry di gaul dengan 2 sudu besar tepung gandum


putar tepung dengan telur hingga kembang. masukkan air putar lagi hingga sebati dan kembang. kemudian masukkan minyak dan putar sebentar sahaja. keluarkan 1/4 adunan letak ketepi. baki 3/4 adunan dalam mixer, masukkan esen vanila dan kacau sebati. tuangkan adunan ini ke dalam tin pembakar 10" yang dah di gris. bakar dgn suhu 170C untuk 35 minit atau hingga kek masak. bila dah masak, sejukkan ke suhu bilik dan bahagi kek kepada 2 bahagian lapisan.

1/4 baki adunan tadi, tambah kan esen strawberry dan sunkist. gaul sebati.  masukkan dried cranberry ke dalam adunan dan gaul sekadar merata sahaja. tuang dalam tin pembakar 10" yang dah digris. bakar pada suhu 170C untuk 15 minit sahaja sbb lapisan nie nipis. bila dah masak, sejukkanke suhu bilik.



penyediaan kek vanilla cranberry 
untuk fresh cream
200ml whipping cream dipukul hingga kembang.


lapisan pertama kek perisa vanilla disapukan dengan fresh cream. ratakan. ambil lapisan kek cranberry dan lapiskan di atasnya. sapukan lagi dengan fresh cream. ambil satu lapisan kek vanilla tadi dan letak atas kek. ratakan fresh cream ke seluruh kek dan hiaskan dengan fondant.


jom lihat gambar2 proses menyiapkan deko kek nie yang sempat faii rakamkan... gunakan larutan CMC untuk mencantumkan bunga, daun dan manik ke atas fondant. food grade marker digunakan untuk menulis di atas kepingan fondant jadi semua yang ada pada kek nie boleh dimakan.












ini lah pen marker untuk makanan yang faii selalu gunakan untuk menulis atas fondant


gambar dibawah nie adalah pemberian kak nazlina yang dia ambil selepas memotong kek vanilla cranberry nie. boleh nampak lapisan cranberry di bahagian tengah kek. terima kasih kak atas kiriman gambar nie.


2 comments:

  1. nice...macam2 utensil faii ada.... satu hari buat demo kat rumah..kite nak belajar..bleh ekkk...minggu yg fazid balik semban :D...

    faii beli barang2 kek kat mane kat semban tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada masa boleh aje fazid... faii beli utensil tu kebanyakkannya kat wisma ICCA di Kota Damansara. kat seremban nie takde sangat. faii suka ke wisma ICCA sebab di sana ada macam2. selalu beli aje dulu kemudian baru fikir kegunaan utensil tu hehee. cuba google wisma ICCA, Kota Damansara, mesti fazid seronok tgok kedai tu.

      Delete