bahan
2 ekor ikan selar sederhana besar (dipotong dua, cuci dan tos. garam dan kunyitkan)
1 biji tomato besar (dibelah)
10 batang bendi (cuci, tos dan bila nak dimasukkan baru buang atas dan sedikit hujungnya)
1 sudu teh halba
2 sudu teh garam
1/2 sudu besar kerisik
5 tangkai daun kesum
bahan tumis
5 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
3 sudu besar cili kisar
2 cm halia ditumbuk
bahan hiris
3 biji bawang merah dihiris nipis
2 biji bawang putih dihiris nipis
1 cm halia dihiris nipis panjang
minyak untuk menumis
air panas secukupnya ikut kepekatan kuah yang dikehendaki
caranya
panaskan minyak dan masukkan bahan tumis yang dah ditumbuk iaitu bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. kemudian masukkan cili kisar dan gaul hingga sebati dan goreng hingga mati tumis. masukkan halia yang ditumbuk, kacau merata sebentar. setelah itu baru masukkan semua bahan hiris dan biarkan hingga layu.
masukkan halba dan kacau sebentar. tuangkan sedikit sahaja air panas dan kemudian masukkan ikan selar. balik kan ikan supaya ikan masak sebentar dalam tumisan cili. tuang lebihan air panas tadi ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
kemudian masukkan setengah sudu besar kerisik dan daun kesum. bila dah layu daun kesum, tutup api. sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment