Monday, 23 July 2012

raspberry cheesecake

masa berlalu memang tak terasa... sekejap aje anak sulung faii sambut hari lahirnya pada 23 Julai dan kali ini dia minta kek keju raspberry kegemarannya... balik kerja terus ke dapur membuat kek keju nie..
faii nak kongsi bersama resepi nie dengan semua...


bahan2 biskut dasar
2 paket biskut oreo (dibuang krim dan dihancurkan)
80g butter (faii guna anchor butter sebab salted)
gaulkan kedua dua bahan dan tuang adunan dalam acuan ring yang dah dibalut dengan aluminium foil dasarnya. tekan rata adunan biskut.  simpan dalam peti sejuk sementara menyiapkan filling kek.





bahan2 untuk filling


bancuhan gelatin
1 sudu besar serbuk gelatin halalgel
1/2 cwn air yang didihkan
masukkan serbuk gelatin dalam air yang mendidih dan biarkan mengembang. angkat dan ketepikan.



filling keju
250g cream cheese (faii guna philadelphia creamcheese)
1/2 cwn gula kastor
putar cream cheese dengan gula kastor hingga kembang...


kemudian masukkan...


80g yogurt perisa vanilla
1/2 cwn susu segar
200g whipped cream
1 sudu teh orange oil
dan putar hingga kembang dan sebati


masukkan bancuhan gelatin yang telah dimasak awal tadi ke dalam adunan filling keju dan putar sebati...


seterusnya tuang adunan ke atas biskut dasar yang dah dibuat dalam acuan ring. masukkan ke dalam peti ais dan biarkan untuk 4 jam.  
keluarkan dari peti ais dan ratakan 1 cawan raspberry filling atas kek. masukkan kembali ke dalam peti sejuk.
bila hendak dihidangkan, buka acuan ring dan hias kek dengan pitted cherry. potong dan hidangkan. pitted cherry rasanya manis dan raspberry masam2 jadi sesuai dengan kek keju nie... cubalah!


No comments:

Post a Comment