Saturday 21 July 2012

nasi lemak halba

sebabkan halba masing banyak dalam simpanan... hari pertama puasa bila anak2 minta juadah berbuka nasi lemak... apa lagi, guna halba laa...
bahan tumis
5 bij bawang kecil dihiris nipis
7 hiris halia
1 sudu teh halba
4 put beras dicuci dan di tos
2 cawan santan
1 cawan air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
tumis bawang dengan sedikit minyak. masukkan halia dan halba, kacau sebentar sahaja dan tutup api. tuangkan bahan tumis dalam beras. tuangkan santan, air dan masukkan garam. gaul sebati dan tanak hingga nasi masak. (daun pandan masukkan apabila nasi dah mula mengering.) hidangkan.

No comments:

Post a Comment