Sunday 24 June 2012

chilled oreo cheesecake


resepi chilled oreo cheesecake ini pernah faii post tetapi faii buat sebagai cupcakes... kali nie, inilah yang asal kek chilled oreo cheesecake iaitu sebiji kek! 

dasar kek
200g biskut oreo dibuang krim dihancurkan
120g butter dicairkan
gaul bhn2 dan masukkan dalam acuan tin yang boleh dibuka tapaknya, rata dan padatkan

cheese filling
2 biji kuning telur gred A
150ml susu segar
100 gula castor
250g cream cheese
Didihkan semua hingga gula larut. tutup api dan ke tepikan.

utk gelatin
70ml air
2 sudu teh serbuk gelatin (kalau suka kenyal, lebihkan gelatin nie ya)
1 sudu besar jus limau
panaskan air, masukkan jus limau dan serbuk gelatin, kacau hingga larut. Masukkan bancuhan ini ke dalam cheese filling. Masukkan juga 40g biskut oreo hancur ke dlm adunan cheese, gaul rata. 

300g whipped cream pukul hingga kembang dan gaulkan dlm adunan creamcheese. tuang dalam acuan yang dah ada biskut dasar tadi dan masukkan dalam peti sejuk untuk 4 jam. keluarkan dari acuan, hias dan sedia dinikmati!

No comments:

Post a Comment