Thursday 2 August 2012

blueberry cake ... deco

kak darna nak kek yang ada berry berry, bahan yang ada kat rumah, fresh blueberry ngan blueberry filling... jadi faii buatkan blueberry vanilla cake untuk kak darna... hope u like it kak darna! & thanks!
untuk resepi kek nya faii dah pernah upload dalam post blueberry cake, cuma kali ini faii buat tambahan dengan lapisan kek blueberry segar. macam nie faii buat... 1 cawan adunan faii ketepikan dan warnakan dengan warna purple, lepas tu masukkan buah blueberry segar dan bakar. lapisan ini faii letak antara lapisan vanilla kek. saiz kek yang faii buat nie guna tin pembakar 10".
buah blueberry yang telah dicuci dan ditoskan biar kering air cucian
tambahkan sesudu besar tepung gandum
gaul merata 
vanilla cake yang siap dibakar, biarkan sejuk atas redai
masukkan buah blueberry yang dah digaul dengan tepung ke dalam adunan kek
masukkan ke dalam tin pembakar
dibakar dengan suhu 170C untuk 15 minit
vanilla cake dibahagi kepada dua bahagian lapisan
alatan untuk piping  fresh cream
200g fresh cream yang dah diputar hingga kembang
masukkan fresh cream ke dalam piping bag dengan nozzle yang disukai
paipkan fresh cream keliling kek, ratakan blueberry filling di bahagian tengahnya
letak lapisan kek yang ada buah blueberry segar tadi diatasnya, paipkan lagi fresh cream keliling kek, letak blueberry filling di bahagian tengah dan ratakan. kemudian, ambil satu lagi lapisan kek vanilla tadi dan letak diatasnya.
ratakan baki fresh cream keseluruh permukaan kek

selesai meratakan fresh krim ke seluruh bahagian kek, baru faii guna fondant untuk mendeko kek ni...
mewarnakan fondant
letakkan beberapa calit warna ke atas fondant
uli fondant
uli fondant hingga warna sebati dan merata
fondant yang telah siap diwarnakan
mewarnakan fondant
fondant yang telah siap diwarnakan
uli fondant
gunakan cutter untuk memotong fondant
gunakan toothpick untuk menandakan bahagian tengah kek, dan mula lekatkan fondant ke atas kek
memotong fondant
susun kepingan fondant tiga warna hingga menutupi seluruh kek, cabut toothpick
gunakan cutter untuk memotong lebihan fondant supaya kemas
uli panjang baki fondant yang dipotong tadi dan anyam jadikan tali
letakkan tali yang dah dipintal tadi keliling kek
selebihnya boleh dibuat reben
lekatkan dengan menggunakan bancuhan CMC reben tadi ke atas tali fondant
lekatkan kuntuman bunga fondant yang faii dah pernah upload cara membuat  bunga fondant nie. lekatkan dengan menggunakan bancuhan CMC
hasil bunga yang dilekatkan pada reben
masih perlu mendeko bahagian tengah kek agar cantuman tak kelihatan
uli panjang fondant berwarna putih lebih kurang seinci lebih lebarnya
putarkan sambil membentuk bulatan dan tekan di bahagian tengah untuk mencantumnya
lekatkan di tengah kek
bahagian yang kodsong di lekatkan dengan kuntuman bunga
kuntuman bunga fondant yang dah diatur
hiaskan lebihan bunga dibahagian sisi kek
untuk menghasilkan kesan satin, faii sapukan cecair pearl sheen  dengan menggunakan
berus khas 
sapukan cecaie pearl sheen dalam satu arah dan sekata
faii hanya sapukan pearl sheen untuk bahagian berwarna pink dan putih sahaja
ini hasilnya, kelihatan berkilat ala satin
dimasukkan ke dalam kotak, sedia untuk di berikan kepada kak darna

2 comments:

  1. salam faii...TQVM utk cara2 supaya fondant nampak berkilat. Nnti saya cuba dan hrp2 menjadi sbb dah byk tanya2 kat yg terer2 buat kek tp jwpannya...tak de jwpan. Kalau mnjadi nnti saya msg you. Nak gi cari pearl sheen tu.

    ReplyDelete