kukus dipanaskan dahulu sebelum mengukus talam nie ya.
bahan untuk lapis jagung
70g gula kastor
110g tepung gandum
1 susu teh garam
300ml air
300 ml santan
1 cwn jagung whole kernel
1 cwn jagung krim
1 sudu besar tepung kastard (faii tak suka guna pewarna jadi letak sikit tepung kastard nie supaya jadi kuning)
gaul semua bahan sampai sebati.
tuangkan dalam acuan yang dah disapu sedikit dengan minyak. kukus untuk 20 minit.
kemudian sediakan pula lapisan santan
100g tepung beras
50g tepung gandum
500ml santan
200ml air
1 sudu teh garam
gaul sebati adunan nie.
bila lapisan jagung dah masak. tuangkan lapisan santan ke atas lapisan jagung dan kukus lagi untuk 20 minit atau hingga masak.
bila dah masak. sejukkan kuih talam sebelum dipotong.
faii rendam dalam air sejuk sebab nak cepat potong untuk hidangan berbuka... kalau potong panas2 tak cantik kuih talam nie... tunggu sejuk baru potong.
No comments:
Post a Comment