Thursday, 21 June 2012

sardin goreng halia lada hijau

sesekali masak sardin memang menyelerakan... tapi nak masak sardin goreng kena ada senjata, penutup periuk! hehee sebab, bila goreng sardin, nescaya, percikkannya... merata rata! jom tinjau camna faii buat masakan ringkas  nie...
1 tin sardin besar, (ambil sardinnya sahaja, buangkan tulang tengah)
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji lada hijau (hiris)
5 biji bwg merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
2 biji cili api ditumbuk
1 keping asam keping
1 sudu besar air
3cm halia dihiris nipis memanjang
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
minyak untuk menggoreng dan menumis


panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana.  goreng sardin dalam minyak. (lepas masukkan sardin tutup kuali dengan tutup periuk nak elak percikkan). balikkan sardin dan goreng hingga agak garing. angkat, toskan.


keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. dengan api sederhana, tumiskan bwg merah, bwg putih dan cili api. kemudian masukkan halia dan gaul rata. bila halia dah layu, masukkan satu sudu besar air (air sikit aje), asam keping, garam, gula dan sardin yang dah digoreng. kacau rata biar sebentar agar air kering. akhir masukkan bawang besar dan lada hijau. bila bwg dah layu, tutup api, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment