Wednesday 6 June 2012

Orange Angel Cake

cuti sekolah nie, menu memang ikut selera anak2... selain memasak untuk makan tengah hari, pasti ada sesuatu yang juga dibuat untuk dessert... tengah hari nie... faii buatkan orange angle cake... kebetulan masih ada lemon dan kek nie sekejap sahaja masa membuatnya...
potong kecil memudahkan anak2 makan... 
6 biji putih telur gred A
1 sudu teh cream of tartar
50g gula aising
1 sudu teh esen orange
2 biji lemon diparut kulitnya sahaja (faii guna lemon sbb baunya lebih kuat)
1/2 sudu teh garam
70g tepung superfine


Putar putih telur hingga hampir kembang, masukkan cream of tartar dan gula aising putar hingga pekat dan kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikaup perlahan satu arah sahaja. Kemudian, masukkan esen, parutan lemon dan garam. Kaup perlahan hingga sebati.  Tuang adunan dalam tin pembakar 9" x 3½" bentuk segiempat yang dah digris.  Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar kek.  Bakar kek pada suhu 130C untuk 20 minit. 


hiaskan kek dengan fresh krim dan potongan orange. untuk anak2 memang faii suka potong dalam potongan kecil dan setiap satunya pipe kan fresh cream dan letak seulas orange.


siap dihidang untuk anak2
orange angel cake



No comments:

Post a Comment