Thursday 14 June 2012

mandarin orange cake

esok jumaat... hari nie khamis... 'kakak 3 hari' faii minta tolong buatkan kek untuk dia... hmmm gelaran 'kakak 3 hari' sebab dia lahir awal 3 hari dari faii... itu laa noormah jaafar.. nie kek mandarin orange untuk noormah ya... terima kasih atas tempahan...
500g sponge cake mix
6 biji telur gred A
sebiji oren sunkist diparut ambil kulitnya sahaja
125ml air
125ml miyak mazola
1 sudu teh orange paste

putar sponge cake mix dgn telur hingga kembang,. masukkan air, orange paste dan parutan kulit orange dan putar lagi hingga gebu. Masukkan minyak mazola putar sebentar asal sebati. Tuang adunan kek ke dalam tin pembakar 11" yang telah digris dan dilapik kertas baking.   Bakar suhu 170 untuk 35 minit.  bila sudah masak, keluarkan dari tin pembakar. biarkan menyejuk suhu bilik.  belah kek kepada dua lapisan.

beberapa ulas buah limau madarin di gaulkan dengan fruit glazer
1 cwn orange filling
300g whipping cream, diputar hingga terbentuk soft peak untuk membuat fresh cream
atas lapisan kek yang pertama, piping keliling kek dengan fresh cream. di tengah tengah sudu dan ratakan orange filling. tutup dengan satu lagi lapisan kek. ratakan seluruh kek dengan fresh cream. hiaskan kek dengan susuan ulasan buah limau mandarin.

gambar2 yang sempat dirakam...
membuat adunan kek
adunan kek siap untuk dibakar
kek dah masak... buang kertas alas baking paper
kek yang sudah masak
pipe fresh cream... aturkan beberapa ulas buah limau mandarin
kek limau madarin
cake's ready!


No comments:

Post a Comment