Saturday 2 June 2012

kek coklat moist lagi...

semalam tak berkesempatan nak mengunjungi blog... seronok memasak dan baking sebab adik faii yang tinggal di johor datang ke rumah ngan anak2nya yang 5 org comel2 tu! hehee macam2 gelagat... 


mulanya ingat nak dtg sebelah pagi tapi faii ada urusan pula di luar... lily stay di rumah mak dan tiba di rumah faii pukul 2 lebih... kebetulan, faii baru selesai frosting brownies cupcakes... brownies cupcakes memang dah ada atas meja... apa lagi, tuang aje jus oren peel fresh  from cartons tu... jamu selera ngan brownies cupcakes laa.... nanti faii uploadkan resepinya ya.... 


selepas tu baru faii goreng kuey teow... sambil makan sambil berborak... lama tak jumpa... sebelum balik lewat petang tu, sempat lagi faii buatkan 'all time favourite' iaitu moist chocolate cake + chocolate dipped strawberries! 


petang tu siap 2 biji kek coklat moist... 1 untuk semua staff suami kat office dan 1 lagi untuk lily bawa pulang... seronok anak2 lily.... yang paling best, extra dipped strawberries tu disuap masuk terus ke mulut setiap anak2nya! hehee geli hati gak sebab hbis cecomot mulut masing2... 


bid farewell sambil pesan kat lily bawak kek coklat tu bebaik... nanti dtg lagi ya! insyaallah, ada rezeki jumpa lagi ya! hmmmm teringat pula kat adik yang tinggal di iran.... "Innor! bila nak balik???"...


hiasan dengan chocolate dipped strawberries

No comments:

Post a Comment