Tuesday 12 June 2012

tauhu sumbat

juadah ringkas yang digemari oleh keluarga faii... tauhu sumbat... 


penyediaan tauhu
7 biji tauhu putih, tos, belah dua, garamkan dan goreng dengan api sederhana kecil sehingga kekuningan, angkat dan tos kan atas tisu dapur
2 biji timun, buang kulit dan biji tengah, di parut
semangkuk taugeh dicuci, di rebus, toskan dan potong pendek2

untuk bahan sos
3 hiris halia
4 biji bawang putih
10 biji lada merah dah dibuang biji dan dipotong kecil
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
1 cawan air
masuk semua bahan dalam blender dan kisar halus.  Tuang dlm periuk dan biarkan menggelegak. tujuan untuk merebus lada agar masak.

3 biji bwg kecil ditumbuk
7 biji bwg putih ditumbuk
1 sudu besar cili boh
4 biji limau kasturi ambil jusnya sahaja
4 sudu gula
2 sudu teh garam
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1 sudu besar minyak untuk menumis
dengan api sederhana kecil panaskan minyak dan tumiskan bwg kecil hingga layu.  masukkan cili boh dan goreng hingga cili mati tumis (garing). Masukkan bwg putih yang ditumbuk, gaul rata. masukkan gula gaul sebati. biar hingga gula cair dan hasil tumisan nampak pekat dan jernih. kemudian ambil lada yang dah dikisar dan digelegakkan dalam periuk tadi, tuangkan ke dalam bahan tumisan.  masukkan sos tomato, garam, jus limau kasturi dan air. kacau rata dan biarkan mendidih. bila sos sudah pekat ikut citarasa masing2, tutup api dan sendukkan ke dalam mangkuk.

untuk menyediakan tauhu sumbat
tauhu yang dah digoreng, di belah bahagian tengahnya.  Gaulkan timun dan taugeh dalam mangkuk lain. kemudian, sumbat timun dan taugeh ke dalam tauhu yang telah dibelah tengah tadi.  ulang hingga semua tauhu telah disumbat. boleh keluarkan sedikit isi tauhu untuk memudahkan tauhu disumbat sekiranya perlu.  kemudian sudukan sos ke atas tauhu sumbat dan sedia di nikmati.

jom tengok gambar2 yang sempat dirakamkan...




























No comments:

Post a Comment